Tuesday, January 24, 2012

Maisarah, her first time experience...

Assalamualaikum

4 hari bercuti ...mmm seronoknya dapat menghabiskan masa dengan keluarga. Tak sabar, segala persediaan telah dibuat beli hadiah dan menu apa nak masak untuk bawa bekal untuk berkelah nanti..

Masing-masing ada agenda, balik kampung, family gathering, bawak anak jalan-jalan. Kali ini ibu ada family gathering di PD yang sudah lama dirancang....sudah lama anak-anak menunggu TAPI...kita mampu merancang hanya Allah yang menentukan itulah kata-kata yang selalu kita ucapkan. Maisarah sudah demam, muntah2 sejak hari khamis lagi tapi demamnya makin surut cuma dia tak lalu makan dan tak ada tenaga. Dan bermacam2 ibu usaha untuk adik makan...-(

Ibu: "Maisarah....adik kalau adik tak nak makan atau minum ibu terpaksa bawa adik pergi hospital kita semua tak pergi PD..".

Adik:" Tak mahu...tak mahu...dia terus bersemangat sedikit dan cuba untuk makan"

Akhirnya kami pergi juga PD, hati ibu tetap tak sedap hati dengan keadaan maisarah tapi serba salah dibuatnya hati anak yang lain pun nak kena jaga..

Sampai di PD, maisarah masuk pertandingan mewarna, saya lihat dia berjalan pun tak larat dan nak mewarna pun tak ada daya...., selepas maghrib saya tengok adik, adik kata adik nak tidur....hati saya berkata “ tak boleh jadi ni!!!”

Saya terus beritahu suami saya nak balik Kajang malam ni juga nak pergi KPJ Kajang. Apa lagi maisarah menangis meraung2 tak nak ke hospital. Dalam kereta hati ibu berdoa, berdoa berdoa supaya Allah berikan kesihatan pada maisarah.

Sampai di KPJ pukul 9.30 malam, saya kata saya nak warded anak saya sebab dia tak lalu makan dan dah lembik. Dr ambil darah apa lagi meraung satu hospital laaa....

IMG_0935IMG_0937

Ayah sedang memujuk maisarah...

IMG_0941

Muka kesedihan sebab kena masuk hospital
. Alhamdulliah Dr ada pukul 12 malam dia datang dan beritahu result darah so tak ada apa yang serius cuma badan tak ada air. sepanjang 2 hari kat hospital 4 botol air dimasukkan.

IMG_0943

Ayah suapkan adik makan pan cake macdonald..hopsital bagi coco crunch ngan milk dia tak nak...

Ayah lepas ni nak ke PD pula layan anak2 yang lagi 2 orang yg sedang berfamily day huhuhu kesian ayah berapa kali ulang alik ke PD...


IMG_0946IMG_0950

Hari ni better sikit dah nak cakap sikit2....rindu sangat dengan dia...dah dekat seminggu ibu tak dengar celoteh dia....

IMG_0952IMG_0956

Dah nak pergi playroom....alhamdullillah hati ibu gembira....


IMG_0957

Dapat hadiah birthday dari saudara mara yang sedang berfamily day di PD

IMG_0958


Hehehehhe tulis diary pulak...sebagai tambahan maisarah kata best sebb makanan dia hantar ke katil...waaaah....dan bangun tidur jer boleh tengok TV..asyik tengok Tv jer....


IMG_0959IMG_0961
Akhirnya alhamdulliah keluar juga hari ini....24.01.2012...Ibu doakan maisarah sentiasa sihat. Ibu bersyukur sangat dan tiada apa yang lebih membahagiakan...bila melihat maisarah senyum...Selepas ini mungkin 2 tahun lagi ke 4 tahun lagi ker 10 tahun lagi ker?...kalau dia tanya dia pernah masuk hospital?...so inilah ceritanya.....


Saturday, January 21, 2012

Kau sekarang

atie aku ada benda nak citer...

Situasi 1 yang telah disampaikan oleh seorang sahabat

Kawan : Eh zuriahati tu dah berubah ek.. akak jumpa dia kat surau di R&R dia pakai tshirt labuh dia solat ngan anak2 dia...

Seorang sahabat:.alhamdulliah dia berubah menjadi lebih baik

Kawan : Kau baik ker dgn dia..

Sahabat: dia salah seorang pegawai yang boleh saya berkawan.

Kawan : oh ye ker....

Ada 3 orang sahabat yang bertanya kepada saya

Sahabat 1: atie aku suka tengok kau yang sekarang...mcm mana kau berubah ek?

Saya: alhamdulliah...panjang gak nak cerita kan...

Sahabat 2: atie saya suka tengok apa yang atie pakai sekarng nampak cantik

Saya: alhamdulliah...syukur kalau saya dapat memberi inspirasi..

Sahabat 3: atie, macam mana u boleh hijrah..yelah just wondering...

Saya: segan juga nak cerita...sebb u better than me...

Situasi yang lain

Seorang yg dikenali: kau ni pakai setokin macam budak sekolah.

Kawan yang lain: ni pakai tudung ker pakai selimut?

Kawan yg lain juga: Tudung labuh? Baik pakai selimut...

Kawan lain lagi: Jubah?..nak pakai pergi majlis tahlil ker?

Melihat dari pertanyaan diatas saya merasakan berapa ramai agaknya kawan sekerja saya, kawan photographer saya, kawan sekolah saya kawan FB saya yang dapat melihat perubahan saya. Ntah!!! Saya pun bukan artis.heheheh saya tersenyum ...alhamdulliah.. saya berubah kerana Allah beri saya peluang....sebelum saya tersasar dengan lebih jauh lagi. Hidayah itu milik Allah kita kena berusaha mencarinya. Bukankah Alquran itu satu mukjizat?..kenapa kita masih terlepas pandang?

Kenapa saya kategorikan sebagai kawan dan sahabat?..bagi saya seorang sahabat tinggi nilainya, seorang sahabat yang boleh bawa kita hingga ke akhirat. Apabila kita membaca kisah-kisah Nabi Muhammad saw ia merujuk orang sekelilingnya adalah sahabat –sahabat nabi bukan kawan atau teman.

Perbezaan nya adalah mungkin cara perkenalan kita dan berapa lama kita kenal dan juga keserasiaan...kadang-kadang kawan kita tu jauh tapi dia lah yang paling dekat dengan kita, kadang-kadang kawan depan mata kita tapi kita rasa jauh sangat...

Pada umur yang berbaki 3 tahun lagi untuk ke 40 apakah saya sudah menemui seorang sahabat sejati?...Alhamdulliah saya sudah menjumpai bukan seorang tetapi mungkin beberapa orang dan kami masih menyemai tali persahabatan, kami berbincang dari semua segi anak, sebagai seorang isteri, pekerja dan semuanya berkisarkan bagaimana kita nak menjadi insan yang lebih baik, hamba allah...memperbaiki diri untuk lebih dekat dengan Allah..mengurangkan cerita-cerita dunia...masing2 bermuhasabah diri....indahnya...rindunya dengan mereka....

Sejak saya berhijrah iaitu pertengahan 2010 secara perlahan-lahan ...saya dengan rasa rendah diri, rasa malu , banyak sangat dosa tetapi Allah masih memberikan hidayah, ketenangan dan cahaya kepada saya untuk satu kehidupan yang lebih baik.

Seorang perempuan apabila dia berubah nampak ketara disebabkan keterampilan dan cara berpakaian. Bagi saya tidak susah untuk memakai tudung yang labuh sediikit, baju besar dan longgar tidak bertabarujj dengan berlebih-lebihan. Subhanallah!!! Nikmatnya Masyallah...cubalah kalau kita lakukan semata2 kerana allah...sangat susah nak luahkan sehingga kita rasa sendiri. Best sangat!!!!....RUGI sangat sesiapa yang tidak dapat menikmatinya...

Yang paling sukar adalah nak menjaga hati. Mesti pernah dengar org kata dan selalu pun kita dengar dan dulu pun saya pernah berkata begitu ...yang penting hati aku baik...bukan pakaian yang menjadi nilaian...sebenarnya siapa yg layak judge kita ni baik? Baik ke kita kalau kita langgar perintahNYA...?.Bukankah ALLAH yang beri apa yang kita ada sekarang?..

Tetapi sekiranya kita melakukan perintah Allah...Allah akan buka ruang kebaikan satu demi satu..percayalah...sifat positif kita semakin meningkat....kita cuba untuk mengikis sifat2 buruk kita kerana sangat RUGI kalau hidup ini penuh dengan sifat-sifat negatif...memang bukan senang tapi kita tidak wajar berputus asa.

Selalu saya berkata dalam hati..”atie jangan hipokrit..kau paling tak suka org hipokrit “...malunya saya sebab selama ini hidup saya mmg hipokrit nama jer islam tapi kehidupan masih sekular...Ya Allah ampunilah aku Ya Allah...ampunilah aku...penuh penyesalan...semoga kehidupan yang akan mendatang saya sentiasa istiqamah dalam mencari redha dan rahmat Mu Ya Allah.

Firman Allah dalam surah al-taubah ayat 20

“orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya”

Saya bukanlah seorang ustazah, bukan seorang yang alim saya bukan lulusan agama, saya hanya manusia yang berdosa dan sangat lemah yang sentiasa mencari dan berusaha agar saya mendapat redhaNYA dan RahmatNYA. Doakan saya!!!!

Insyallah saya akan bersambung cerita bagaimana ia bermula..mari kita semua jujur menuju jalan yang lurus....

383299_2627086329223_1617254935_2523483_1314487675_n

397764_2677151980833_1617254935_2541764_1289870234_n374755_2716817172438_1617254935_2561200_207459954_n


Friday, January 20, 2012

Jawatan baru.

Assalamualaikum

Ini pula mengenai wafiq selepas 3 minggu bersekolah...Wafiq sangat teruja kerana dilantik menjadi menjadi pengawas, tugas baru, jawatan baru. Sebelum ini beliau hanya sebagai ketua kelas. Ibu sangat setia mendengar cerita wafiq mengenai tugas barunya.

situasi 1
Wafiq: Ibu esok wafiq nak pergi sekolah awal dari yang biasa...
Ibu : kenapa?

Wafiq : Wafiq ditugaskan menjaga tempat basikal. Wafiq nak pastikan yang tiada murid-murid bermain-main ditempat basikal dan basikal disusun dengan betul.

Ibu: Wah..bersemangat...ibu suka...

Balik dari sekolah
Ibu: macam mana tugas pagi tadi?

Wafiq: mmm tak mencabar langsung ada 4 basikal jer....last2 wafiq main2 jer dengan kawan2, wafiq rasa nak pi jaga tempat yang lebih memerlukan wafiq.....
Ibu: wah ayat .....

Situasi 2 di hari yang lain

Ibu: Hari ni ada tangkap budak nakal2?
Wafiq: ada 2 orang radzi dan hazmi

Ibu: Eh bukan ker itu kawan baik wafiq, apa kesalahan yang mereka dah buat?

Wafiq: wafiq tak kira musuh ker kawan baik ke kalau salah tetap salah....diorang buat bising walaupun sudah ditegur 2 kali. wafiq suruh diorg berdiri diluar barisan dan tok ketampi....

Ibu: Erkkk....terkedu.....dalam hati (bahaya kalau salah beri nasihat pada waktu ini....ibu kena fikir apa teladan yang nak dikaitkan walaupun disudut hati ibu...bersyukur dan masih berfikir amanah atau salah guna kuasa?...nanti cari point dulu jangan terburu-buru...)

Ibu: lepas kena denda tu diorang kawan balik tak dgn wafiq?

Wafiq: kawan..salah tetap salah kan?...lepas tu kawan balik apa masalahnya ibu?

Ibu: tak ada masalah( dalam hati semoga dia akan membawa attitude begitu hingga dewasa sekiranya dia menjadi pemimpin....tetapi realiti kehidupan bukan begitu...tapi IBU tetap berdoa wafiq jadi anak yg hebat)

Ibu..setiap hari akan bertanya bukan apa..nak memantau perilaku apa yg dilakukan apabila memikul jawatan baru...semoga wafiq akan tabah memikul nya untuk 3 tahun akan datang.
Masih mengumpul semua tindakannya dan akan diberi kesimpulan selepas sebulan memegang jawatan tersebut....

DSC_0477a

Doa termakbul?

Assalamualaikum

Fuh, lama sungguh telah saya tinggalkan blog sudah bersawang lamanya..sudah 3 bulan..bukan apa banyak sangat kejadian yang terjadi, ingin rasanya berkongsi tapi biarlah tunggu!!!

Entry kali ini just nak share terutamanya untuk anak2 itulah tujuan blog ini pun...Sudah 3 minggu anak2 sudah bersekolah...Qistina mengalami dilema pada minggu pertama kerana dia akan ditugaskan untuk menjadi MC pada 30 Jan nanti!!!!

Qis: Ibu boleh tak qistina ponteng sekolah 30hb nanti?
Ibu: kenapa?
Qis: Qistina tak nak jadi MC
Ibu: Kata nak cari pengganti?
Qis: tak ada sesiapa nak ganti..
Ibu: Qistina cuba qistina bayangkan kalau qistina ponteng sekolah dan orang yg akan gantikan qistina untuk jadi MC tu...dia bersedia tak?..apa perasaan dia?.. marah tak dia?...Kita tak boleh lari dari masalah, kita kena hadapinya...

Qis: Diam sambil membungkam kan mukanya dibantal.

Ibu: Macam ni lah qistina kena cuba juga macam ibu, ibu pun tak suka jadi MC masa konvensyen audit dilangkawi tapi ibu kena hadapi juga, ibu tak boleh bagi alasan. Alhamdulliah ia satu pengalaman yang baru. Kita kena cuba sebelum mengaku kalah.

Qis: Diam tanpa ada feedback.

Ibu tinggalkan qistina dan mengharapkan dia berfikir...


Pada suasana yang lain,

Wa
fiq: Ibu, Ibu tahu tak qistina masa sujud terakhir dalam solat dia doa apa?
Ibu: ntah...ibu tak tahu...
Wafiq: Dia doa supaya dia tak jadi MC nanti....

Ibu dalam hati: kesian anak aku takut sungguh dia...biarlah apa2 pun dia kena hadapi juga cabaran tersebut

2 hari lepas...
Qis: Ibu!!! Qistina tak perlu jadi MC!!!!! dengan nada yang cukup gembira dan melegakan...
Ibu:.cher citer sikit...
Qis: Ketua Pengawas dan Penolong pengawas yang akan jadi MC nanti....
Ibu: Wahhh legalah yea.....so apa moral yang qistina dapat?
Qis: ntah...
Ibu : setakat ini yang ibu nampak doa qistina termakbul!!! so Ibu harap selepas ni apa2 yang qistina nak atau ada ujian yang menimpa kita berdoa dengan Allah...kalau ia baik untuk kita maka Allah akan makbulkan....mohon yang baik-baik!!!!

Ibu: Dalam hati...adakah cabaran menjadi MC ini akan terlepas setakat ini sahaja?...anak ku sungguh dia tidak tahu bahawa cabaran yang akan datang lagi mencabar dari hanya menjadi MC...tetapi Ibu bangga sekurang-kurangnya qistina mohon dengan ALLAH apabila berlaku kesulitan....alhamdulliah....



DSC_0478a

Thursday, September 1, 2011

Raya 2011

1

Gambar kenangan bersama keluarga tercinta

3

Gambar bersama adik beradik dan mak


8

bersama maklang, nenek dan sepupu...

9

hari raya kedua di rumah kawan lama mak......


Assalamualaikum

Pertamanya saya nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri buat semua kaum muslimin, maaf zahir dan batin terutama buat keluarga tersayang, mak, adik beradik, suami, anak2 dan semua saudara mara. Gambar diatas gambar kenangan bersama keluarga tercinta...Raya 2011 di Melaka....

Lama rasanya tak update blog...rindu sangat nak update...hampir 2 bulan rupanya blog ini sunyi

Raya tahun ini saya raikan dengan penuh kesederhaan dan penuh keinsafan. Sukar hendak digambarkan dengan kata-kata kerana hanya Allah yang tahu hati ini....Tahun lepas pada hari raya ke-3 kami menerima kematian pakchik yang disayangi...dialah satu-satunya adik lelaki kepada mak...sungguh terkesan...sungguh...

Dalam perjalanan hidup ini melihat orang yang disayangi oleh keluarga pergi seorang demi seorang....banyak, terlalu banyak memberi pengajaran dalam mengharungi kehidupan ini...kita belum tahu tahap keimanan sehingga kita diuji....

Bermula dengan kematian arwah ayah(paklong)... 25 tahun dahulu....diikuti arwah pakngah., arwah paklang...diikuti dengan arwah pakchik..termasuk datuk saya....saya melihat 5 wanita tabah, sabar dan gigih...menjalani kehidupan tanpa seorang suami disisi.....dijadikan contoh untuk diri sendiri..setiap individu ada penceritaannya, yang baik saya jadikan pegangan yang tak baik saya jadikan pedoman...

Hakikat kehidupan hanya orang yang merasai dan akan lebih memahami....bagi mereka diluar sana sentiasa lah berusaha untuk menghargai perjalanan hidup ini bukan hanya didunia sahaja kerana ia hanyalah sementara....

Setiap hari raya....apabila saya menziarahi keluarga saudara mara....hati pasti terdetik dan berdoa....bagaimanakah perjalanan hidup aku nanti....bagaimana apabila saya tua nanti?...ada kah anak2 dapat menjaga diri ini.....adakah suami masih setia disisi?....semua cerita mereka membuat aku selalu belajar untuk dijadikan iktibar

Bermula dari bulan puasa lagi...nak kata ibadah aku tip top memamg jauh sekali ...malu pada diri sendiri tapi Allah maha pengasih kerana ia memberikan hati ini hidayah, ruang rasa yang tidak pernah dirasai....alhamdulliah....alhamdulliah..alhamdulliah....sesungguhnya rezeki itu luas sangat luas sehingga tak terjangka....

Tahun ini saya juga diduga tetapi Allah masih beri saya rezeki.....apa yang diduga itu hanyalah dalam bentuk keduniaan....tapi apa yang diberi lebih kepada persediaan saya untuk mengadapNya nanti...insyAllah..insyAllah...insyAllah...

Ziarah pada hari raya sangat banyak kebaikan nya bukan hanya makanan yang disediakan tapi perkongsiaan cerita.... saya sedih melihat kebanyakan kaum ibu apabila tua mereka semua nya mengadu sakit kaki...membuatkan hati ni kesian sangat....pergerakan sangat terbatas...., ada yang masih kuat ingatan tapi apakan daya seluruh badan lumpuh....satu kerja tidak boleh dilakukan...

Itu bab kesihatan belum lagi belum bab tak puas hati hanya kerana hal-hal dunia..nauzubillah...mohon Allah jauhkan......Bukan kata diri ini baik tak...jauh sekali.....diri ini banyak terlalu banyak untuk diperbaiki....yang penting kena kaji semula kaji sedalam-dalamnya...hebatkah kita sebagai sebagai hamba Allah? Itulah jawatan hakiki kita...jawatan hakiki kita sebagai hamba Allah yang kita sering lupa dan alpa.....yang kita nampak kerja kita diatas muka bumi ini......

Cerita mereka memberikan saya kekuatan untuk lakukan apa yang sepatutnya sebelum sampai masa itu....sesungguhnya kita tak tahu bagaimana kah pengakhiran kita nanti...Bukan senang nak berubah kepada kearah kebaikan....kita perlukan dorongan....carilah, berdoalah, berusahalah sesungguhnya Allah maha mendengar....Terutama untuk anak-anak ibu sentiasa ingat pesanan ibu...Wassalam.....


Saturday, June 11, 2011

Swimming Class

Assalamualaikum

Alhamdulliah hari ni dapat gak mendaftar anak2 untuk class swimming yg dicari selama nih, alhamdulliah allah permudahkan. Class nih under powerswim more organize kot dan ada trainning sekali kalau nak htr anak competition....hope tak terlewat untuk qistina. sebenarnya kena ada commitment yang tinggi. Qistina suka berenang hope sangat dia suka. wafiq banyak main dan myb dia agak lambat sikit berbanding qistina. Lagipun kat powerswim ada pilihan hari dan waktu. Sebelum ni htr kat tempat lain tak ada pilihan waktu dan asyik hujan jer so payah sikit. So dengan adanya powerswimm ni okay sikit kot sebab dia ada sabtu dan ahad, pagi pulak tu so better dan dia banyak centre dia ada....kalau kat bukit jalil lagi best laaa masalah hujan tu tak akan timbul. Bila tengok anak2 berenang dan pandai hati ibu yang gembira padahal ibunya tak pandai berenang pun. Ingat nak join yang muslimah punya, insyallah.

So far first impression cikgu dia okay lahhh pandai layan kanak2, maisarah jer mmg tak nak join...

so gambar kah bawah gambar kenangan from iphone jer heheheheh


48

maisarah tak nak join nak suruh try join the class pun tak nak tak perlah dia banyak masa lagi..

47

wafiq tengah belajar, keras gak tangan dia nak buat free style...

46


44

43

qistina.....suka tengok dia swimm relaks jer....
45

end of class

42

41

Hope sangat diorang happy dgn class nih...

Monday, May 30, 2011

Anniversery ke 12

Assalamualaikum

Hujung minggu ni busy juga hari sabtu dengan majlis pertunangan dan hari ahad pula ibu sambut hari ulangtahun perkahwinan ibu yang ke-12...(29.05.2011), 12 tahun tu rasa kejap jer....padahal orang lain dah berpuluh2 tahun dah...Alhamdulliah semoga perkahwinan ini hingga ke akhir hayat, kita berusaha, berdoa dan mengharap Allah juga yang menentukan...So untuk suami tercinta dan ayah kepada Qistina,Wafiq dan Maisarah "Happy Anniversery"...

Sebenarnya dah tak ingat sangat bila yg we all mula celebrate dengan percutian...yelah dulu mana ada blog...tapi bukan tiap2 tahun rasanya, dah lupa dah so tahun ni we all decide untuk bercuti dekat2 sahaja sebab Ibu malas nak travel penat sebb minggu lepas dah pergi PD, Sabtu lepas ni balik tangkak....so we all decide pergi ke......

17

Ni entrance
16

Di Lobi pendaftaran
18

19

Ni depan bilik we all tingkat atas no 108.
13

Bilik mmg besar la pulak heheheh....katil ni kalau tidur mmg tak sedar diri empuk sangatttt
15

14

Lepas letak barang we all pusing keliling resort
12

1

Aktiviti petang we all ke sembunyi spa...mmg best Ibu buat massage, sauna dan lepak kat jacuzi...ayah urut kaki jer....dan lepak sauna dan jacuzi..

11

Lepas selesai semua we all diberi minum dan ada puding sambil bersantai di sini....
10

Malam we all ada dinner di alaaaa lupa la nama nya tapi kat hotel tu laaa tapi Bistro ala2 Italian laaa so makan Italian food la dengan candle light dinner....
9

6

Ni dinner we all
Ibu pilih spaggeti sedap gilerrrrrrrrrrr dan banyak so share...

8

Ayah pilih kambing dengan sos labu....mmg superb.....duperbbbb
7

Sekali sekali candle light dinner( setahun sekali) mmg best hehhehe so selesai aktiviti hari pertama. Esok sebenarnya plan nak mandi swimming pool tapi ayah tak bawak baju mandi plak so we all decide buat photoshoot sendiri...huhuhuh tripod rosak so belasah jer laaa agak2 adjust ler....

5

4

3

2

huhuuh mmg payah amik gambar sendiri baru beberapa keping dah letih kepanasan....masa nih baru pukul 8 lebih.....dahh lain kali kita posing lagi.....JOM breakfast....dan check out.....
So far tempat ni okay tapi for me agak mahal untuk bersantai bersama keluarga....Hari ni kat rumah back to reality setelah bersantai dan berehat....