My 16th Anniversary
Assalamualaikum wbt.
"Apa plan anniversary kita kali ni"...tanya saya kepada suami..
"ikut awaklah"...jawab suami (jawapan biasa yang diterima)
"Kita celebrate simple jer lah..pergi dinner cukuplah" jawab saya ringkas....
We never failed celebrate our anniversary for 16th year....we always make that time to be just two of us either have a short gate away or just have a simple dinner.
We are 40
We have 4 children (15,12,9 and 4 months)
We married for 16 years
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Syukur sangat ke hadrat ilahi atas nikmat ini. Setiap perkahwinan pasti ada ceritanya pasti ada ujiannya pasti ada kesusahannya pasti ada kesenangannya....Semua ujian hanya memberikan kita kekuatan untuk menghadapi amanah dan tanggungjawab yang lebih besar.
Pada 29 May 1999 ketika kami bernikah saya hanya bergaji 1300 dan suami ketika itu 1500 ( kerja kontrak) 3 bulan sebelum berkahwin suami tiada pekerjaan kerana ekonomi tidak begitu baik ketika itu. Saya beritahu suami kita tidak boleh putus asa dalam mencari rezeki. Bagi saya selagi kita berusaha bertawakkal kepada Allah insyallah adalah rezeki nanti. Ketika ini saya baru habis belajar Ijazah, suami pula hanya berkelulusan Diploma Perakauanan. Suami seorang yang sangat rajin. Saya percaya dia akan berusaha meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Kami berdua bukan datang dari keluarga yang senang. Saya sendiri anak yatim ketika berumur 10 tahun. Macam-macam kerja pernah saya lakukan. Kami mengikat perut untuk berkahwin. Tiada pinjaman dibuat untuk perkahwinan kami.
Kenapa dia?
Dia sangat sabar dengan saya....tersangat sabar....
Dia sangat rajin dan kuat berusaha
Dia sangat bertanggungjawab
Dia seorang yang pandai
Dia seorang yang tidak pernah mengongkong saya
Dia seorang yang bertolak ansur
Dia adalah imam saya...
Pada permulaan perkahwinan kami, saya menyewa rumah kos rendah 2 bilik satu bilik air kepunyaan mak saya sebanyak RM450 sebulan selama 6 tahun tidak pernah naik. He..he..he..terima kasih mak.
Saya hanya ada TV yang dibayar secara ansuran. Peti ais 2 pintu yang digunakan semasa saya belajar dirumah sewa. Satu set tidur. Sebuah kereta kancil. Tiada handphone. Itu sahaja. Selama 3 tahun saya tidak ada mesin basuh dan sofa kerana saya tidak suka berhutang. TV sahaja saya terpaksa mengalah. Bila ada anak kedua baru saya beli mesin basuh secara tunai.
Semuanya rezeki dari Allah. Kehidupan kami semakin baik setiap tahun sehingga kini. Kami berdua berusaha untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan kami untuk dunia dan akhirat. Ketika anak kedua suami sambung belajar untuk mendapatkan ijazah. Ketika anak ke3 kami berdua melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana pula. Alhamdulillah. Dan pada waktu ini anak ke-4 pula, kami berdua baru sahaja melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya...huhuhu masih jauh lagi perjalanannya.
Ujian? pasti ada ujian dari segi ekonomi, dari segi keserasian dari keluarga kedua-dua pihak, dari segi masa, dari segi emosi... bergaduh tu perkara biasa...gaduh..baik..gaduh baik..pening kan..tapi itu memang lumrah. Saya tak tahu perkahwinan orang lain. Bagi saya sekiranya ada masalah, berbincanglah baik-baik jangan sesekali menceritakan tentang masalah rumahtangga dan keburukan suami dihadapan orang lain.
Semua orang ada masalah cuma saya hanya akan berbincang dengan suami sahaja. Setakat ini saya tidak minta pendapat orang sebab mereka hanya mampu mendengar...yang tahu tentang hubungan suami isteri hanya suami dan isteri sahaja. Orang luar hanya ada andaian sahaja. Hanya kita sendiri tahu apa yang kita mahu dan perlukan. Jika mahu nasihat mintalah daripada orang tua kita.
Selepas hampir 4 tahun kami mengubah cara hidup kami, kepada kehidupan yang lebih bermakna mencari cinta yang lebih hakiki, kehidupan yang mendekatkan kami kepada Allah, kami mula jarang bergaduh dan kami lebih faham memahami antara satu sama lain. Benarlah kita tidak mampu untuk memegang hati-hati manusia. Kejarlah cinta Allah cinta yang lebih kekal. Hanya Allah yang mampu untuk memegang cinta sesama manusia. Allahuakbar.
Bila saya mahu berubah saya hanya berbincang dengan suami hanya sekali sahaja kami berbincang agak lama dan serius. Saya hanya beritahu hajat saya itu sahaja. Saya berubah dahulu. Saya tidak mengharapkan apa-apa dari dia. Saya serahkan kepada Allah. Saya tidak perlu mengajar suami apa yang perlu dia tahu. Subhanallah saya bersyukur kami sama-sama berubah berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Indah sungguh nikmat ini. Hanya orang-orang yang lalui akan merasainya...orang yang tidak merasai jangan pula mencebir bibir mengatakan hidup yang merubah meraih cinta Allah adalah satu kehidupan yang membosankan. ( saya sendiri menerima kritikan orang sekeliling) Lalui sendiri dan rasailah sendiri.
Kami mencari ilmu dengan cara berbeza. Suami dengan caranya sendiri, saya pula dengan cara saya. Kami berkongsi bersama.
Saya teringat kata-kata Ustaz Pahrol yang merujuk kepada ayat Alquran yang mengatakan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik itu tidak semestinya kedua-duanya baik pada permulaannya. Kemungkinan pada permulaannya kedua-duanya lalai tetapi apabila sedar dan ingin berubah kedua-duanya akan berubah bersama juga bermaksud lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Maksud ayat ini luas, kita juga boleh rujuk dari cerita Asiah isteri Firaun. Kita bertanggungjawab atas diri kita sendiri dimana kita akan dipersoalkan sebagai hambaNya.
Sayangilah diri anda laksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya. Kepada pasangan yang baru berkahwin selamat melayari dunia perkahwinan dan yang belum berkahwin maka bergembiralah dengan dunia solo anda kerana sesiapa sahaja layak kesyurga dengan mengetahui apa yang boleh dia lakukan pada waktu ini dengan cara yang terbaik mencari redha Allah.
Yang paling penting kejarlah cinta Allah kejarlah kehidupan mengikut acuan Alquran dan Sunnah. Berusahalah sebaik mungkin tidak kira apa status kita. Carilah ilmu sebanyak mungkin. Untuk menjadi isteri solehah perlukan ilmu untuk menjadi ibu mithali juga perlukan ilmu. Kunci utama adalah kesabaran, bersabarlah dalam kesabaran. Disamping kita perlu bertolak ansur, berterus terang, amanah dan bertanggungjawab.
Ulangtahun perkahwinan bukan hanya meraikannya tetapi ia adalah kemuncak muhasabah diri mengimbau kembali apa yang telah dilalui. Masya Allah 16 tahun cepat sungguh masa berlalu tetapi apabila melihat anak-anak membesar...kami sangat muhasabah kerana mati itu benar-benar semakin hampir dan tidak sangka kami sudah pun mencecah umur 40 tahun. Alhamudlillah, doakan kami agar kami sekeluarga dapat berkumpul dijannah.
Saya selalu mengimpikan pengakhiran kami seperti yang diceritakan didalam surah Ar-Ra'd: 23-24
" Iaitu syurga 'Adn yang mereka masukkan kedalamnya bersama-sama dengan orang yang beramal soleh terdiri dari ibu bapa mereka, isteri-isteri mereka dan anak cucu mereka, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu.
" (Sambil mengucapkan): Salamun'alaikum bima sabartum. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.
Bahagia itu adalah apabila kita bersama-sama mencari cinta dan redha Allah. |
Comments
Post a Comment