Maisarah di Q-Dees

Assalamualaikum...

Hari ni story about maisarah pulak..so hari ni first day dia sekolah, lewat dari tadika lain sebab Teacher dia nak bagi laluan kepada parents untuk selesaikan urusan anak-anak yang lain which is good terutama for me so tak rushing masa first day.

So biar saya cerita kenapa saya memilih QDees?..ini cuma pandangan peribadi sahaja and maybe im wrong....so reason pertama ialah saya hanya mahu tukar angin, dulu masa anak kedua htr smart reader, yuran sebenarnya lebih kurang jer tak banyak beza dan kenapa saya tidak memilih sekolah tadika agama dan bahasa pengantarnya english...tak berapa yakin myb untuk htr yang branding nya baru dipasaran. So i end -up dengan Q-Dess. Saya rasa Agama paling utama itu sebab sebenarnya Q-dees bukanlah kelas pertama yang maisarah pergi. Maisarah kelas pertama dia adalah di http://www.darul-huffaz.com dimana maisarah akan belajar iqra' dan hafazan. Bab fardhu ain saya akan ajar dia perlahan-lahan mana yang saya tahu dan dia ada kakak dan abang boleh dijadikan guru. Q-dees juga ada subjek agama yang basic jawi dan fardhu ain.

English penting sebab kat sekolah sains dan matematik diajar dalam english so basic english pun kena strong juga...mmm nak harapkan saya, saya jarang pun cakap english ngan anak2 sebab memang tak biasa my environment bukan macam tu so kadang2 rasa hipokrit plak hehhehe nak speaking ngan anak2( myb i start english day at home?) hehehhehe poyo tak per slowly kan?...yuran permulaan adalah sebanyak RM928.00 bulanan bayar RM 210 dan 4 bulan sekali kena bayar lebih kurang RM 500 lebih lupa exact amount termasuk yuran bulanan RM210 tadi.

Dan saya suka creativity dan aktiviti yang melibatkan arts...saya nak maisarah more involve dengan aktiviti macam ni tak fokus kepada akademik semata-mata.

Maisarah mmg excited jer nak pergi sekolah sebab dah lama tengok kakak ngan abang pergi sekolah. So dia selalu menghitung hari dan pagi tadi pukul 630 saya kejut kakak dan abang dia tapi dia yg bangun dan mandi excited nak pergi sekolah hehhehehe.

Dalam kereta dia cakap ayah pesan belajar rajin-rajin kalau exam dapat no 1 ayah belikan PSP..(dalam hati apa punya janji daaaaa). K rasa nothing much tapi tengok dia happy its really make my day...im so happy for her... and enjoy my one cent pictures....


I'm so excited

dia asyik tanya dah pukul berapa takut lambat datang sekolah

Sayang Ibu....

Her first step to preschool

Langkah pertama....

art class?

Toys masa menunggu kelas nak mula..

q for hand washing

beratur masa nak basuh tangan


yummy makan time

Lapar....

Her first art work

Masa dah nak balik....her first art work

Ibu adik penat JOM balik

suka rak kasut dia comel sangat....siap ada nama lagi


sleep after school

dia mmg penat...jarang tidur siang hehehhe

Comments

  1. MAISARAH SGT CANTIK DAN HUMBLE.. hi i just found ur site while searching about kindy....take care.

    ReplyDelete
  2. saya pun pernah baca blog mayyonizz....banyak kali....your story is most precious and you wanna share with us...believe on the power of sharing....and ALLAH is the best to refer to....

    ReplyDelete
  3. salam kenal..
    saya pun sedang mencari kindy yg sesuai utk my girl..tq for ur info..

    ReplyDelete
  4. Salam, excited nye your daughter. She's so pretty. Bley sy tau Maisarah pegi Qdees yg mn? Sy pn tgh survey kindy for my daughter gk.

    ReplyDelete
  5. Good sharing, Q-dees programmes are renowned, incorporating fun and a holistic concept of learning while empowering children with the foundation they need to exponentially grow. More information, visit:
    http://kidbuxblog.com/q-deed-helps-children-have-great-minds-at-work/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts