Kenali Mad'u



Apa itu mad'u...kalau dari maksud yang skema ialah anak buah, orang yang ditarbiyah atau sasaran dakwah. Dalam dakwah selain dari mengenali siapa sasaran dakwah kita, hendaklah kita ni mempunyai sedikit ilmu dan betulkan niat sebenar apabila kita menyampaikan sesuatu nasihat.

Apa yang saya nak kongsikan adalah hanya pengalaman peribadi. Saya tidak tahu semua perkara, saya hanya kongsi apa yang alami.

Dakwah yang paling terbaik ialah mengikuti cara Nabi berdakwah, melalui sikap, akhlak dan cara Nabi berkomunikasi.

Kenapa perlu dakwah? Kenapa nak sibuk-sibuk dakwah orang? jaga tepi kain sendiri sudahlah.....Dalam Islam, manusia ini ada tugas dan tanggungjawab iaitu menjadi hambanya, khalifah dan mengimarahkan bumi ini dengan ajaran Islam. Kalau bukan Nabi berdakwah Islam tidak akan tersebar luas hingga sampai ke generasi sekarang.

Berbalik kepada tajuk, ingin saya kongsikan kepada semua bahawa sekiranya ingin berdakwah atau tarbiyah perlu semak:

1. Ilmu apa yang ada dalam diri.
Menuntut ilmu itu perkara wajib untuk setiap umat Islam. Impian semua mahu kan syurga tertinggi tetapi ilmu solat atau ilmu yang lain masih ditahap darjah 6 atau sekolah menengah. Perlu meningkatkan ilmu agama itu dari masa ke semasa hingga akhir hayat.

2. Faktor sekeliling.
Ini terdiri dari ahli keluarga, rakan-rakan pejabat, rakan-rakan sekolah, rakan-rakan hobi.
Ada sesetengahnya dibesarkan dari keluarga yang memang alim ulamak, mereka ini tidak pernah berpengalaman hidup dengan ibu yang tidak tutup aurat, adik beradik yang tidak solat, suami tidak tahu baca Al-Quran.
Begitu juga rakan-rakan sekeliling, ada yang dikelilingi semua kawan-kawan yang baik belaka ada yang memang haru biru dibuatnya.

3. Apa aktiviti sukarela atau amal kebaikan yang kita sukai.
Setiap dari kita ini berbeza, citarasa, minat, hobi dan perwatakan semua berbeza. Cuba renungkan dalam diri ini apa yang kita suka, apa yang begitu dekat dengan jiwa dalam konteks "apa yang nak diberikan kepada masyarakat" apa yang kita sanggup berkorban dan memberikan kepuasan. Ada yang suka pergi rumah orang tua-tua, ada yang suka selamatkan binatang, ada yang suka betul susun selipar jemaah, ada yang suka masak bagi orang makan, ada yang suka tumpangkan kawan-kawan. Maka kenali diri anda.

4. Mula dengan perkara yang mudah dan kecil agar ia tetap istiqamah.
Buat kebaikan dan untuk menjadi baik ia perlu dimulakan dengan perkara yang paling utama, sedikit demi sedikit, meningkat dari hari ke hari dan tetap istiqamah hingga merasai kemanisannya. Allah akan membuka jalan lebih luas untuk hambanya Percayalah!

5. Lakukan dengan rasa rendah hati, kasih sayang, lapang dada, kasihan, menjadi pendengar yang baik, tunjuk akhlak yang baik, sabar dan menahan marah, memberi kata-kata yang baik. Hindarkan suka menghukum, keras dan kata-kata yang tidak baik kepada pihak yang lain.

Okay sudah buat senarai semak?

Sebagai contoh, orang yang paling dekat dengan kita ialah ahli keluarga, mereka ialah mad'u kita maka apa yang perlu kita lakukan? contoh anak-anak solat masih culas, maka kita perlu cari ilmu bagaimana untuk mereka tetap istiqamah dengan solat. Sebagai Ibu atau Bapa itulah perjuangan kita, itulah dakwah kita. Buat sehabis baik. Selepas ahli keluarga, kita pula mahu menyedarkan kepada masyarakat tentang pentingnya solat, maka selepas mencari ilmu kita pun dan menyebarkan dilaman sosial, sentiasa jemaah dimasjid, berkongsi tentang nikmatnya solat. Apabila kita sudah melaksanakan ini hindarkan dari sikap menghukum, merendahkan golongan yang lain. 

Dalam dakwah perlu menyokong antara satu sama lain, jika mereka berjuang tentang pentingnya solat janganlah kita pula mengata asyik-asyik solat, ni ada perkara lebih penting mengenai palestin, syria dan negara islam yang susah. Saya dapati ada mereka yang suka bertindak begini. Saya sendiri mengalaminya. Apabila mereka sudah berada diatas, apabila kita dakwah tentang benda remeh kita diperlekehkan. Ketahulah kita tidak boleh buat semua benda tapi kita buat apa yang kita suka dekat dengan jiwa dan Allah redha.  Ada sesetengah tu memandang sinis sekiranya kita masih melayan atau masih memerlukan ceramah-ceramah mengenai hati seperti Yasmin Mogahed atau Mufti Menk. Ingat manusia itu berbeza-beza perjuangannya dan mujahadanhya. Raikan kepelbagaiaan.


Sekiranya mahu perjuangkan mangsa seks kanak-kanak, bukan sekadar mencanang di laman sosial. Orang yang melakukan ini mereka ini tiada pendidikan, tak ada masa nak membaca, kawan-kawan difacebook adalah golongan mereka juga. Turun padang, kenali mereka, pergi melihat kawasan-kawasan yang terdedah kepada gejala ini.Berikan mereka pendidikan. Cuba memahami kehidupan yang mereka jalani. 

Sekiranya  mahu sembang bab masalah anak-anak remaja dan terlanjur, teruskan fokus, study mad'u. Tidak kira apa pun yang mahu dilakukan atau cuba selamatkan dunia ini, manusia itu tidak mampu hanya melakukan dengan sembang atau gebang di laman sosial hanya kerana pengaruh yang dimilik atau itu sahaja saluran yang paling berkesan. Manusia tidak tahu semua perkara dan kita tidak boleh selamatkan semua benda didunia ini. Fokus dan lakukan yang  terbaik. 

Sekiranya mahu berjuang kebaikan kepada geladangan, jangan sekadar memberi makanan, pakaian tetapi berikan mereka ilmu, ajar mereka mengaji untuk Islam, berikan mereka pengisian rohani juga. 

Jika dirasakan wanita malaysia ini selalu shopping sahaja cari tudung setiap minggu, Jika dirasakan wanita malaysia ini tidak sehebat wanita yang perjuangkan hal-hal kemanusiaan. Sebenarnya adakah kita tahu apa mereka perjuangkan? adakah kita ada buat kajian atau bagaimana mahu mengajak mereka untuk mereka lebih memikirkan bagaimana mahu menjadi wanita, ibu, isteri yang kental? mendidik generasi ulul albab. Dakwah melibatkan sesuatu yang menyeluruh yang bermula dari perkara yang mudah bagi setiap individu. Adakah dengan mengecam mereka pendakwah mampu mendidik mereka?...Ada diantara mereka yang tidak tahu dimana mahu mulakan, maka jika rasa ada ilmu maka tawarkan kepada mereka.

Dunia sekarang bukan sekadar meluahkan dilaman sosial tentang betapa kecewanya kita sebagai pendakwah. Dunia sekarang lebih memerlukan kehadiran pendakwah yang lebih tulus membantu mereka yang memerlukan. Pergilah kepada mereka yang memerlukan, ramai...kaji apa masalah manusia sekarang?..Jauh dengan Allah? Jauh dengan Allah sebab jauh dengan Al-Quran...maka jom kita kembali kepada ilmu yang paling asas dan punca masalah. Sekiranya tidak bersungguh-sungguh maka generasi inilah yang memimpin negara.

Akhir sekali, jom sentiasa memberikan kata-kata yang baik, khabar gembira, bantu membantu kepada mereka memerlukan. Jangan kecam, sindir, kutuk walaupun apa pun. Jangan terlalu serius dan ketat dalam dakwah, Wasatiyyah itu lebih selamat. Tawarkan apa yang kita mampu memberi kepada Mad'u yang sesuai, tepat dan yang memerlukan. bukan dengan mengecam, mengutuk dan menghina.

 "Saya ada tips bagaimana mahu menjadi wanita yang serba boleh......
" Siapa mahu jadi wanita yang sukakan Al-quran....jom jumpa pukul 8.00 malam nanti     dirumah saya"
" Siapa mahu masuk syurga bersama?

...................banyak lagi ayat-ayat tawaran dalam melakukan kebaikan
...................elakkan mengulas tentang kesilapan mereka

Insyallah..sebarkan kebaikan dan khabar gembira..dunia sudah cukup banyak dengan perkara yang menyedihkan....

Semoga Manfaat.

Comments

Post a Comment

Popular Posts