Al-Quran mukjizat Agung


Assalamualaikum wbt.

Disini saya ingin kongsikan, bagaimana Al-Quran itu memberikan ketenangan didalam kehidupan manusia.

Dengan membaca al quran ia merupakan satu ibadah  yang memberikan pahala, yang sangat besar kepada sesiapa yang mengamalkannya.

Amalan membaca al-quran  bukan sekadar menperolehi pahala semata-mata, tetapi dengan mukjizatnya manusia akan merasai ketenangan melalui proses tadabbur dan tazzakur.

Dengan tadabbur dan tazzakur manusia akan mengalami proses mengaitkan makna al-quran, didalam kehidupan seseorang itu dengan cara berfikir. Allah berfirman

Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. (Surah Az-Zumar: 42)

Untuk mencapai ketenangan ia perlu untuk  memahami apakah fungsi Al-Quran didalam kehidupan manusia sebagaimana Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

 “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian pelajaran dari Rabb kalian dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
surah (QS. Yunus: 57)

Sepertimana ayat diatas bolehlah disenaraikan fungsi Al-Quran itu ada 4 iaitu:

1.  Al Quran itu merupakan pelajaran dan peringatan kepada manusia seperti Allah berfirman

Dan Sesungguhnya Telah kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, Maka Adakah orang yang mengambil pelajaran?” Al-Qamar 17

Dimana Allah menjadikan Al-Quran itu mudah bacaannya, dan pengertiaannya bagi orang yang menginginkan serta memberikan peringatan kepada manusia,

2. Al-Quran  ialah sebagai penawar , ubat bagi hati yang berada dalam kegelisahan dan gundah gulana. Dengan membacanya, akan mendapatkan ketenteraman. Allah berfirman didalam surah al-Isra ayat 82,

“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

3. Al-Quran itu sebagai petunjuk kepada manusia didalam mengatur kehidupan, agar tidak membuat kerosakan di atas muka bumi ini.

Seperti firman Allah di dalam surah An-Nahl : 89).

“Dan kami turunkan Al-Kitab(Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri(muslimin).”

4. Dengan Al-Quran  manusia akan memperolehi rahmat dengan berdoa memohon keampunan dan juga berdoa memohon apa yang diinginkan. Hanya atas rahmatNya kehidupan manusia itu akan memperolehi keberkatan.

Kesimpulannya ialah bahawa Alquran adalah satu sumber mukjizat, yang wajib dijadikan panduan didalam setiap detik kehidupan manusia, agar manusia memperolehi qalbu salim, hati yang tenang kembali bertemu dengan Allah.

Semoga setiap manusia dapat merasai kenikmatan bersama dengan Al-Quran sepanjang kehidupan ini.

Comments

Popular Posts