OUR BLUES VS CELEBRITY

 


Baru selesai menonton 2 kdrama iaitu Our Blues dan Celebrity. Okay atie ulas sedikit sahaja secara am  message keseluruhan kedua-dua cerita.

Our Blues antara drama yang atie akan ulang menontonnya. Mungkin drama ini bukanlah menjadi kesukaan ramai atau trend  cerita masa kini. Cerita ini membawa tema cinta, keluarga, jiran, erti pengorbanan, memaafkan, ego, dendam dan banyak lagi yang membawa emosi berat kepada penonton.
Antara sebab atie suka drama ini ia menceritakan situasi sebenar sebuah kehidupan. Ujian dan realiti kehidupan yang jarang dipertontonkan di mata masyarakat. Setiap dari diri kita akan melalui perjalanan dan ujian hidup yang berbeza-beza. Zaman ini perkongsiaan dimedia sosial, orang kaya dengan gaya hidupnya dan orang miskin dengan ujiannya. Betapa tidak seimbangnya dan memberikan message yang salah kepada generasi muda.  Sedangkan yang kaya juga ada ujian dan kesusahannya dan yang miskin juga ada saat bahagianya.
Disini atie kongsikan antara pengajaran cerita ini:

  • Ujian membesarkan dan menjaga seorang adik yang down syndrome
  • Ujian menghadapi anak yang mengandung luar nikah bersama anak kawan yang dibenci.
  • Ujian sebuah persahabatan
  • Kekuatan hubungan circle dan jiran yang sangat akrab.
  • Ujian dalam kerja kumpulan
  • Ujian sebuah hubungan keluarga yang pecah belah setelah ketua keluarga meninggal dunia
  • Ujian kematiaan beberapa orang anak
  • Erti pengorbanan seorang ibu.
  • Erti pengorbanan seorang anak sulung
  • Pengorbanan seorang ayah yang mahu melihat anaknya berjaya
  • Perjalanan hidup seorang yang mempunyai penyakit depression, bagaimana beliau menghadapi dan  bangkit dalam kehidupannya.
  • Kaya tidak semestinya datang dari pekerjaan yang lebih glamour tetapi kita mampu kaya dengan apa yang kita suka buat dan bantu orang lain
Akhir sekali cerita ini dirakam sekitar Pulau Jeju, sebuah cerita yang penuh air mata dan ketawa , mungkin ia bukan sebuah cerita kegemaran anak muda tetapi sangat bagus untuk ditonton dan belajar dari kehidupan orang lain. 



Cerita kedua pula tidak kurang hebatnya. Sebuah cerita yang berkisah tentang kehidupan seorang influencer yang bermula dari bawah dan juga influencer yang memang dari latar belakang sebuah keluarga yang kaya. Secara peribadi pengalama menonton cerita ini rasa sesak melihat kehidupan yang perlu ditonjolkan dilaman sosial untuk meraih kehidupan yang mewah semata-mata. Hasad dengki yang telalu tinggi sehingga diluar kawal. Tengok kehidupan macam ni rasa penat. Sekalipun manusia jujur dalam bidang ini agak sukar kalau kita tidak terjebak dengan mainan industri dan kehendak industri tu sendiri. Antara pengajaran yang boleh diambil ialah:

  • Ada perkara yang perlu diketepikan apabila kehidupan peribadi dikongsi di seluruh dunia
  • Hasad dengki dan cemburu pasti ada. Tidak semua orang akan menerima diri kita seadanya
  • Dunia penuh kepura-puraan. Hidup ini tidak yang sempurna. Kita hanya tertipu dengan kehidupan yang hanya dikongsi apa yang hendak dikongsi.
  • Generasi muda tidak tahu dan faham apa kesusahan yang dilalui kerana di media sosial masyarakat hanya kongsikan kehidupan yang sempurna. Mereka yang menonton akan rasa rendah diri, tidak bahagia dantidak bersyukur dengan kehidupan yang dia lalui.
  • Tanggungjawab sosial yang diabaikan dengan mempamerkan sesuatu yang memberi kemudaratan
  • Obsess terhadap sesuatu pasti akan memusnahkan diri.
  • Apabila ujian datang penting untuk pause dan bangkit semula. 
  • Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya.
  • Percaya kepada minat dan bakat yang ada pada diri. Jatuh bangun dalam kehidupan itulah realiti yang sebenar. 
  • Hakikat sebuah kehidupan, tiada yang sempurna
Layari media sosial seadanya kerana kehidupan sekeliling kita adalah lebih berharga. Walaupun sukar hidup ketika ini percayalah ia pasti akan berlalu. Menghargai dan bersyukur  dengan kehidupan yang dimiliki adalah jauh lebih bermakna.

Sebagai seorang Islam pasti kita akan berbalik kepada tujuan kehidupan kita sebagai hamba dan Khalifah Allah dimuka bumi ini.

Antara dua kdrama ini atie lebih suka Kdrama OUR BLUES.... 

Selamat Menonton. 




Comments

Popular Posts