Hari ke 75

Hari ini hari Rabu 05.07.2023. Hari ke 75.

Kisah 1

"Salam atie, apa khabar 2-3 hari i teringat you so i nak bertanya khabar" message seorang sahabat...

"Alhamdulillah sedang menikmati ujian yang Allah beri. Thanks tau bertanya khabar....appreciate sangat

"Ingat ye atie, Allah uji pada hambanya yang Dia sayang...."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah 2

Assalamulaikum Puan....

Kaki Ustazah Nur pun melangkah masuk apabila atie menyambut kedatangannya setelah bertahun tidak berjumpa. Berpelukan kami berdua. Walaupun dekat tetapi sukar sekali untuk bersua muka.

"Puan....sunyinya bila masuk rumah ni....rasa lain...."

"Itulah Nur...terasakan sunyi..." 

"Nur...ntah orang yang ke berapa cakap macam tu Nur..."


Itulah aura seorang ibu bagi sebuah keluarga....syurga dunia detik hati atie...Mungkin atie patut rasa bertuah kerana merasai kenikmatan apabila mak tinggal bersama atie...

Ustazah datang untuk membantu atie mengagihkan baju-baju arwah mak di kampung beliau nanti.

Usai selesai memindahkan hampir 7 kotak baju, tudung dan barang-barang lain... ustazah pun beredar pulang, atie terus melihat bilik mak yang semakin kosong, sebak tak terkata...

Naik ke atas duduk termenung di tepi katil. "Ibu jauh merenung tu...." tegur Umar...

"Tak ada apa-apa...menahan sebak walaupun air mata sudah pun mengalir.

Sejak mak meninggal apabila atie termenung, Umar selalu menegur Atie...susah hati dia agaknya tengok ibu dia....

Ketika duduk di atas sejadah selepas selesai solat isya'... Bisik hati atie..Terima kasih Allah atas segala nikmat...Allah lebih tau...siapa yang akan tahu hikmah lahirnya Umar ketika usia Atie 40 tahun dengan ujian yang berat. Kini Umarlah peneman dan  penghibur Atie ketika Atie merasakan sukar untuk menghadapi hari-hari tanpa mak....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian, begitulah catitan pada hari ini hari yang ke 75. Insyallah atie akan kembali menulis apa yang berlaku 6 bulan pertama 2023 nanti untuk anak-anak dan legasi atie seterusnya dapat membaca kisah ini dan semoga ia memberi manfaat. Doakan Atie Allah kurniakan hidayah dan kekuatan.









Comments

Popular Posts