PHD, masih kah ada cahaya
Assalamulaikum wbt.
Sudah agak lama tidak menulis. Rindu..tetapi idea dan semangat itu ibarat emas yang perlu dicari tempatnya kemudian digali untuk mendapat manfaatnya.Malas itu satu dosa, sedangkan setiap waktu yang berlalu ibarat emas yang telah dijumpai tetapi dibazirkan tanpa mempertahankan manfaatnya. Benarlah istiqamah itu yang paling sukar.
Hai, semua sahabat, harapnya semuanya dalam keadaan baik, jika tidak pun kumpulkan kekuatan seluruh tenaga untuk bergantung harap kepada Allah. kita tidak selalunya sentiasa bersinar dan positif. Hidup pasti ada naik dan turun umpama nadi berdegup itulah yang membuatkan hidup ini lebih bermakna. kekuatan untuk menulis semula ini adalah disebabkan apabila atie dalam proses transcribe data atie, membuatkan atie terfikir dan muhasabah.
Apabila atie ulang-ulang dan ulang rakaman, 1 jam temuduga mengambil masa lama untuk transcribe kerana apabila atie dengar semula rakaman tersebut rupanya begini kita bercakap, kita potong cakap orang, kita tidak benar-benar mendengar dan sebenarnya apabila kita tidak menyusun ayat yang baik, matlamat maksud itu tidak akan sampai. Apabila kita tidak mendengar dengan baik banyak isu dan kebenaran yang kita terlepas, dan juga apabila kita bertutur dengan laju kita tidak menyusun ayat dengan baik maka message yang hendak disampaikan akan sukar difahami atau akan disalah erti
Percayalah, cuba sahabat buat apabila sedang berbual dengan rakan-rakan cuba rakamkan dan ulang semula apa yang sahabat tuturkan, respon dan cara anda mendengar. Atie belajar banyak. Syukur, Sepanjang perjalanan mengambil PHD, atie belajar banyak terlalu banyak untuk dikongsikan, boleh dijadikan semangat atau pedoman dan pengajaran dalam hidup atie.
Kadang-kadang atie rasa banyak benda atie lepaskan untuk apa sebenarnya? Untuk apa segala pengorbanan masa, tenaga, wang, perasaan, emosi, harapan....Secara ringkas dan atie akan share bila sampai masanya bahawa perjalanan mencari ilmu ini memang indah dan nikmat.
Apabila mencari tempat yang boleh atie fokus menulis dan rasa kedekut untuk membayarnya, suami beritahu nak masuk syurga pun bukan murah.
Untuk manusia lalui sebarang cabaran dalam hidup, tali yang perlu dijaga adalah hubungan dengan Allah dan sesama manusia.
Iqra dan Qalam adalah pasangan yang tidak boleh dipisahkan, membaca dan menulis. Cara kita membaca adalah melalui penulisan, melalui alam, pengalaman, bagaimana kita proses maklumat dari sumber dari membaca, memerhati, melihat dan merasai, mendengar, melibatkan semua sumber visual, sentuhan, audio, digital tetapi apakah kita belajar dan menulisnya?
Semoga Allah permudahkan segalanya dan semoga atie dapat terus memberi manfaat.
Aameen ya Rabb.
p/s: Cinta suci dicapai dengan taubat.
Comments
Post a Comment