Keluarga, kerjaya,master and getting pregnant
Assalamualaikum semua terutama anak-anak ibu, Qistina,Wafiq,Sarah dan Umar
Perkongsiaan kali ini ialah pengalaman ketika saya menyambung pelajaran di peringkat sarjana. Ketika saya berusia 29 tahun, kehidupan saya sudah mula stabil... tidak kaya tetapi sederhana dan bahagia. Saya mempunyai 2 orang anak yg comel berusia 5 tahun dan 2 tahun. Kerjaya ketika itu sangat stabil sehingga sudah tidak mencabar lagi bagi saya. Saya pernah memohon untuk ditukarkan ke jabatan yang baru tetapi tidak diendahkan. Bagi saya ketika itu saya muda dan mempunyai banyak lebihan tenaga untuk disalurkan. Saya habis kerja pukul 4.30, ambil anak dalam pukul 5.15... sampai rumah anak-anak sudah tertidur, ini kerana anak-anak saya jenis yang sukar tidur siang. Samada tidur sebaik selepas mahgrib atau sebelum. Mereka sangat aktif bila waktu siang bila tiba waktu malam semua dah pengsan.
Bila malam saya buntu tidak tahu untuk buat apa.(masa ni tak terfikir langsung nak mendalami ilmu-ilmu yang manfaat-ilmu agama atau ilmu kekeluargaan.) Pada ketika ini saya ada terfikir yang saya rasa saya tak sesuai untuk bekerja makan gaji, saya suka perkara-perkara yang mencabar. Masa tu bukanlah zaman facebook dan media sosial yang hebat seperti sekarang. Ingin berniaga tetapi tidak tahu untuk berniaga dan tiada modal. Saya pula bukan jenis suka menonton television. Balik kerja masak dan uruskan rumahtangga. Lepas tu saya termenung memikirkan apakah saya patut saya penuhi masa yang terluang ini. Saya mendapat idea untuk menyambung pelajaran. Ketika ini suami saya sedang menyambung pelajaran diperingkat degree. Beliau sibuk dengan kerja dan pelajarannya. Suami sangat menyokong cadangan saya.
Alhamdulillah selepas 2 tahun setengah saya berjaya menghabiskan master saya secara separuh masa dengan pelbagai dugaan yang perlu saya lalui. Tujuan saya menyambung pelajaran adalah kerana mengisi masa lapang ketika saya masih muda dan juga kerana ilmu itu pelaburan jangka masa panjang.
Disini saya ingin berkongsi tips dan pengalaman saya melanjutkan pelajaran ketika saya bekerja, mempunyai 2 orang anak dan mengandung anak ketiga.
1. Keinginan yang tinggi dalam merealisasikan impian ini. Saya memang suka belajar oleh itu tiada masalah dalam memupuk keinginan. Apa pun yang kita lakukan keinginan ini harus jelas agar kita tidak lakukan separuh jalan.
2. Displin yang tinggi. Saya perlu menghadiri kelas 3 kali dalam seminggu. Hujung minggu perlu ada diskusi atau menyiapkan assignment. Sepanjang 2 tahun setengah saya tidak ada sosial life. Di pejabat di waktu pagi saya akan beli breakfast dengan makanan untuk lunch sekali. Bila lunch saya tak turun beli makanan. saya makan di tempat sambil study dan solat. Balik kerja 4.30 sharp saya akan pulang, ambil anak... bermain dengan anak atau tidur sebentar. saya solat asar, terus ke kelas kerana kelas bermula pukul 6 hingga 9 malam. Suami akan menjaga anak semasa saya menghadiri kelas. Selepas kelas saya akan sambung diskusi dengan groupmate. Selalunya sampai di rumah pukul 11.00 malam... saya mandi dan solat. Sebelum tidur saya akan buat perancangan atau selak2 buku sebentar. Itulah kehidupan saya selama setahun setengah.
3. Pilih group mate yang bagus. Ia sangat penting untuk saling bantu membantu sekiranya kita ada kecemasan hal-hal keluarga dan kerjaya. Saya pernah menasihati ahli group sekiranya ia tidak mengambil berat ia akan menyusahkan dirinya kerana setiap minggu ada assignment yang perlu disubmit secara individual mahupun group.
4. Tempat yang sesuai dan menjimatkan masa semasa group discussion. Saya buat dirumah, di universiti atau di shopping mall kerana di shopping mall selalunya sementara 1-2 jam discussion suami boleh bawa anak berjalan-jalan dahulu... zaman dulu mana ada whatspp.
5. fokus dan komited kerana anda tidak punya masa untuk dibazirkan. apabila waktu peperiksaan saya ambil 1 hari cuti untuk belajar. Iaitu hari exam kerana exam saya pada malam hari. Kenapa 1 hari sahaja kerana saya fokus waktu kelas dan kalau tak faham bertanya terus dan selalu buat discussion. saya bukan lah best student atau pelajar pintar saya cuma menghargai masa yang ada dan saya tidak punyai banyak masa untuk ulangkaji. Saya pernah dapat teruk dalan ujian paper finance, saya jumpa lecturer dan minta assignment tambahan untuk membantu saya dalam pemarkahan.
Cabaran yang saya lalui ialah...
1. kata-kata negative dari orang sekeliling. Di pejabat saya sering menerima kata-kata " nak buat apa ambil master... bukan boleh naik pangkat. Di tempat kerja saya memang tidak pandang sekiranya pegawai tersebut ada master atau tidak. Saya tahu perkara ini dan saya ambil master bukan untuk naik pangkat. Kenaikan pangkat itu bukan urusan saya itu urusan Allah dan bergantung kepada rezeki seseorang. Apabila kita nekad kita tidak akan rasa kurang semangat dengan kata-kata begini dan ada perasaan nak buktikan kepada mereka. Saya belajar bukan untuk buktikan kepada sesiapa. Saya belajar kerana saya minat.
2. Cabaran ketua yang tidak memahami terutama apabila suruh kerja lebih masa atau datang pada hujung minggu. Saya membiayai pendidikan saya sendiri dan saya menghadiri kelas- kelas saya diliuar waktu kerja. Saya perlu berjumpa ketua yang lebih atas untuk minta kebenaran dan alhamdulillah ketua saya yang lebih atas lebih memahami.
3. Perkara yang tidak disangkakan contohnya ialah saya mengandung anak ketiga ketika semester terakhir untuk fokus kajian dan write up. Saya mabuk teruk. Saya tidak dapat menghadiri seisi presentation saya bersama rakan saya. Beliau terpaksa present seorang diri. Selepas selesai saya menghabis kan 5 semester saya. saya minta tangguh untuk semester terakhir kerana isu kemabukkan saya. Apabila selesai masa kritikal early pregnancy saya sambung kajian dan menulis, sarat mengandung kesana kesini berjumpa lecturer dan sebagainya. Apabila bersalin saya masih ada sedikit write up yang perlu saya habiskan.
4. Alhamdulillah apabila selesai master dan saya pun sudah melahirkan anak ketiga, saya perlu menduduki 4 paper lagi di tempat kerja. Alhamdulillah saya lulus hanya dengan bantuan Allah dengan usaha kecil saya. Rutin kehidupan saya ketika ini ialah saya perlu bangun pukul 4 pagi untuk menguruskan anak-anak dan hal-hal rumah. Masih saya tidak boleh lupa bagaimana dan bilakah saya belajar untuk menduduki 4 paper ( undang-undang 1&2, audit dan perakuanan). Saya membaca nota ketika saya menyusukan anak, ketika saya menolak trolly membeli barang disupermarket, ketika menunggu makanan.... bila difikirkan semula... betapa saya hargai masa yang Allah anugerah kepada saya. Ironinya... ketika saya menulis perkongsiaan ini juga saya sedang menyusukan anak ke-4 saya.
Kejayaan kecil ini tidak dapat dicapai tanpa bantuan dari Allah, suami dan ibu saya. Suami dan ibu adalah tulang belakang saya disamping kawan-kawan kelas yang saling bantu membantu.
"Apa yang kau dapat belajar Master? ada sesetengah orang bertanya secara sinis....
Sepanjang perjalanan saya ini saya belajar tentang:
1. kebergantungan kepada Allah. Kita hanya mampu merancang dan berusaha tetapi segalanya adalah ketentuan Allah terhadap sesuatu.
2. Pengurusan masa. Inilah nikmat yang paling saya suka, ia mencabar kemampuan diri untuk melakukan apa yang kita sangka kita tidak boleh laksanakan. Hidup lebih teratur, tidak membuang masa pada perkara yang tiada faedah.
3. Bertukar- tukar fikiran dan membuka minda. Subhanallah apabila kita menuntut ilmu sebab kita minat ia memberikan saya satu injection hormon yang luar biasa. Saya happy dan sangat energetic dan berfikiran positif... saya dapat menyalurkan idea segar dan tenaga muda saya kepada perkara yang berfaedah di mana budaya ini tidak ada ditempat saya bekerja.
4. ketika saya menulis perkongsiaan ini, saya sudah pun berumur 40 tahun. Perkara terbesar yang ketara ialah "tenaga" ketika umur saya 40 tidak sama ketika umur saya pada 30an....oleh itu kena secara serius memegang nasihat iaitu buatlah sesuatu yang baik dan manfaat ketika diusia muda kerana Allah akan banyak bertanya apa yang kita lakukan ketika usia muda.
Alhamdulillah akhirnya pada 2006 saya grad MBA majoring finance UPM, saya berjaya lulus 4 paper wajib untuk kerjaya saya dan saya melahirkan anak ketiga saya. Sesungguhnya semua ini tidak akan tercapai tanpa pertolongan Allah, usaha, pengorbanan, doa dan tawakkal. Semoga perkongsiaan kecil ini dapat membantu mendorong orang lain untuk melakukan apa saja yang mereka inginkan terus bermotivasi dalam mencapai apa yang dicitakan.
Pada umur 31 tahun saya sudah memiliki kehidupan yang stabil, saya tidak kaya tetapi bahagia dan sederhana. Saya bersyukur dan menikmati apa yang saya miliki sehinggalah ketika umur saya 34 tahun...saya sedar tentang satu perkara yang penting dalam sesuatu kehidupan..................................
ingin tahu selanjutnya?.... insyallah saya akan bersambung pada artikel akan datang.
Comments
Post a Comment