TOPI 5 BINTANG


Saya seorang hamba Allah
Saya seorang isteri
Saya seorang ibu kepada 4 orang anak
Saya seorang anak sulung
Saya seorang pekerja sepenuh masa
Saya seorang pengusaha Akademi Al-Quran
Saya seorang pelajar PHD separuh masa


Kenapa saya suka senaraikan? Sebab agar ia nampak lebih fokus, tujuan hidup dan apa tanggungjawab saya. Saya berhijrah untuk kehidupan yang lebih baik agak lambat, maka bila sudah tua maka semua ingin dikejarkan, Doakan agar saya tidak tercicir.  

Saya selalu tekankan kepada adik-adik usrah saya bahawa tugas, tanggungjawab dan amanah kita dimuka bumi ini banyak yang harus digapai. Sekiranya kita tidak memulakan dengan sesuatu dengan apa yang kita ada, masa akan pergi meninggalkan kita begitu sahaja. Jika anda muda dan ada kesedaran tentang hidup beragama anda sangat bertuah dan ia adalah nikmat yang terbesar.

Buatlah apa yang Allah suka agar kita tidak mensia-siakan masa dan harta yang Allah berikan kepada kita. Hidup ini penuh warna warni yang perlu kita nikmati sehabis baik. Semoga saya tinggalkan dunia ini dengan membawa hati yang tenang mengadapNya.

Saya bersyukur walaupun saya sangat struggle memenuhi semua tanggungjawab saya diatas. Bukan mahu tunjuk hebat, sesungguhnya apa yang dilakukan dengan izin Allah jua. Saya banyak kali jatuh dan jatuh dan jatuh dalam menguruskan masa, talian hayat saya adalah ALLAH.

Dalam satu hari saya sentiasa menukar-nukar topi  saya mengikut masa dan keperluan. Saya sentiasa mendoakan agar setiap kali saya memakai topi sebagai apa pun saya dapat memberikan yang terbaik.

Apa yang dikongsi paling utama adalah untuk anak-anak dapat membacanya agar satu hari nanti sekiranya saya sudah tiada,  ada sesuatu yang boleh mereka manfaatkan. Insyallah saya akan cuba kongsikan setiap perjalanan saya, jika diizinkan Allah. Agaknya apa yang ingin anda tahu yea?....boleh tinggalkan pertanyaan diruang komen.

Alhamdulillah

Masyaallah tabarakallah

Comments

Post a Comment

Popular Posts