Hikmah 1 : Anak itu harta paling berharga

"Sarah tahu ada sesiapa yang ingin mengambil anak angkat?" Cik Yah bertanya sambil tangannya mengurut kaki sarah. Sarah baru seminggu melahirkan anak lelaki. Memang sedap betul Cik Yah ini mengurut Sarah berkata didalam hatinya...

"Saya boleh tanyakan dalam group whatapps kalau Cik Yah memang serius"
"Betul ada orang nak beri anak ke-3nya", beritahu Cik Yah kepada Sarah. " Sebab apa ye Cik Yah? kesian bayi tu nanti" tanya Sarah dengan penuh emosi.

" Maknya tak mampu nak besarkan suami kerja tak tetap nak sara 2 orang anak lagi lagipun suami sudah berumur berbanding isterinya yang masih muda."
"Lagi 2 bulan nak bersalin" tambah cerita Cik Yah kepada Sarah.

Sarah terus bertanyakan didalam groups whatapps.
"Aku berminatlah Sarah..kau jangan iklankan lagi kepada orang lain aku booked tau" rayu Roslan yang sudah 10 tahun tidak dikurniakan zuriat.
"Ok...." jawab Sarah pendek tanpa mahu bertanyakan soalan yang lebih bersifat peribadi. Sarah hanya mahu perkenalkan yang lain biarlah mereka berbincang sebaiknya.

Sebulan kemudian selepas beberapa pertemuan. Cik Yah asyik mendesak tentang wang yang dijanjikan iaitu sewa bilik dan duit makan buat Nor yang akan menumpang rumah Cik Yah sebelum dan selepas beliau bersalin nanti.

Sarah jadi mangsa luahan Cik Yah. " Apa pasal Roslan buat Cik Yah macam ni macam orang tak berguna, mana duit sewa rumah dan duit makan?" mesej Cik Yah kepada Sarah.

Sarah bingung melihat tingkah laku Cik Yah yang lebih sudu dari kuah dalam proses anak angkat ini. Sarah mengambil tindakan untuk tidak melayan karenah Cik Yah. Bagi Sarah, Roslan pasti lebih arif dalam urusan ini. Lagipun Sarah hanya orang yang menyampaikan berita tentang anak angkat.

Hari yang dinantikan sudah pun tiba....lahirlah seorang putera yang comel untuk diserahkan kepada ibu angkatnya. Proses yang dilalui agak sukar dan penuh emosi. Sarah hanya mampu melihat dan mendengar luahan rasa kedua-dua pihak. Sarah cuba untuk bersifat tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Aku nak tengok anak aku sekejap" minta Nor kepada isteri Roslan...suaranya sudah bergetar dan tersekat-sekat menahan kesedihan. Proses kelahiran anak ketiga ini Nor melaluinya dengan sukar sekali hingga lah terpaksa dibedah. Isteri Roslan menemani Nor sepanjang proses kelahiran yang panjang dan menyakitkan.

isteri Roslan berbelah bagi dan perasan takut dan belas saling berganti...tidak diberi dikatakan zalim, kalau bagi pulak nanti akan lebih menambahkan kesedihan dan berat hati untuk beri anak itu kepadanya nanti....Isteri Roslan akur dan memahami hati seorang ibu walaupun hatinya ingin sekali ambil bayi tersebut dan bawa pulang secepat mungkin.

Selama 2 hari dihospital berbagai drama telah berlaku....ketika Roslan mahu azankan bayi tersebut, Roslan memanggil ayah bayi itu untuk sama-sama azankan tetapi ayah itu menolak. TIdak diketahui alasannya. 

Selepas proses keluar hospital dan urusan angkat sumpah diselesaikan hanya air mata dikedua-dua pihak mengiringi perpisahan antara ibu kandung dan diserahkan kepada ibu angkat. Tiada kata-kata hanya tangisan mengiringi perpisahan itu. Sarah mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada Cik Yah mendoakan agar Nor tabah dan cepat sembuh. Selepas CIk Yah menerima mesej tersebut Cik Yah terus menelefon Sarah.

" Aku menyesal bagi kat Roslan..dia tak bagi ibu dia tengok anak tu untuk kali terakhir. Aku menyesal!...Aku menyesal!....sedikit menjerit dicorong telefon. Cik Yah menyalahkan Roslan kerana Nor terpaksa melalui proses pembedahan kerana Roslan mengunci bilik bayi dirumah Roslan untuk mengelakan dari semua saudara mara tahu. Roslan mengunci bilik khas untuk bayi kerana ingin buat kejutan kepada ahli keluarga. Apa lah kena mengena mengunci bilik dengan proses kelahiran mengarut betul kepercayaan Cik Yah ni kata Sarah dalam hati.

Sarah terkejut, sedih dan terkilan dengan tuduhan dan tingkah laku Cik Yah. " Saya minta maaf kerana sayalah yang kenalkan Roslan kepada Cik Yah. Sarah letak telefon. Sarah mengambil keputusan untuk tidak berkata-kata lebih lanjut. Semua pihak beremosi perasaan bercampur baur. Fikiran Sarah hanya pada Nor sahaja.

 Jauh disudut hati Nor pasti akan menyesal kerana menyerahkan anak itu fikir Sarah. Itu perasaan seorang ibu. tak kira lah dengan siapa bayi itu akan diberikan. Sarah pernah menasihati agar tidak memberikan anak itu nanti. Insyallah anak ada rezekinya usahalah untuk besarkan anak tersebut. Nor nekad dengan keputusannya.

Roslan yang aku kenal seorang yang baik pengetahuan agamanya. Nor sepatutnya tidak perlu risau tentang anaknya kecuali dia menyesal dengan keputusannya. Janji sudah dibuat bil hospital yang mencecah 7 ribu sudah pun dijelaskan oleh Roslan. Tiada istilah patah balik bagi diri Nor. Nor kena terima hakikat ini. Aaaah sukarnyaaa menjadi seorang ibu. 

Ingin sekali Sarah memeluk Nor.  Sarah doakan agar Nor  tabah menghadapi ujian ini. Buat Roslan dan isteri ia seperti rezeki yang jatuh dari langit mereka sangat gembira dengan kurnia Allah ini. Melihat senyuman mereka hati Sarah turut merasai kegembiraannya ... hati seorang ibu kepada 4 orang anak...sangat memahami perasaan kedua-duanya...Allahuakbar....Sarah menghembus nafas melepaskan lelah..disini airmata kegembiraan disana menangis air mata kehilangan......

Sarah melihat bayi itu diletakan di tempat duduk bayi yang mahal harganya ketika mereka mahu pulang ..."bertuah bayi ini"...detik hati Sarah  hebat sungguh rezeki Allah. Setiap anak dilahirkan ada  rezekinya yang Allah telah sediakan. Anak bukan menumpang rezeki ibu bapa tetapi setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya yang telah ditetapkan. Sebagai ibu dan bapa mereka hanya perlu berusaha membesarkan anak walaupun sukar.

Sarah mengambil hikmah dan pengajaran. Sekiranya mahu memberi anak kepada orang lain fikirlah semasak-masaknya bukan hanya alasan sukar untuk membesarkannya. Penat mengandung selama 9 bulan pasti sayang itu fitrah seorang Ibu.... Pilihlah keluarga mana yang ingin kita berikan siasat latar belakang untuk mendapat keserasian...jangan tunggu orang lain untuk menilai.

Penerima anak angkat pula ikhlaslah menjalinkan hubungan baik sebelum proses pemberian anak dan selepas. Bersikap lemah lembut dan baik kerana ketika selepas bersalin perasaan seorang ibu itu sangatlah sensitif dan tidak stabil. Setahun sekali bawalah anak itu berjumpa dengan Ibunya untuk tidak memutuskan terus hubungan tersebut. Sarah percaya Roslan akan bersikap baik terhadap Nor.

Pastikan orang ketiga tidak ada niat tidak baik, hasutan yang negatif dan cuba mengambil kesempatan kepada pihak yang mahu memberi dan menerima anak angkat tersebut.

Sarah kecewa dengan sikap Cik Yah dan Sarah mendoakan agar Nor tabah menghadapi dugaan ini dan buat Roslan anak itu hanyalah ujian dan amanah dari Allah semoga diberikan didikan yang terbaik. 

Anak adalah harta paling berharga yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Pemberian Allah yang sangat bernilai. Sekaya mana pun kita kita tidak akan mampu mencipta seorang makhluk yang bergelar seorang anak.

Owh Anak...adakah kamu faham hati seorang ibu?...Sarah menangis sepuas-puasnya diatas tikar sejadah sambil memeluk anaknya yang masih kecil bersyukur kerana Sarah masih mampu untuk membesarkan anak-anaknya.....

" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" 
Ar-Rahman:13


Comments

Popular Posts