Cuti Tanpa Gaji
Assalamualaikum wbt
Semoga anda semua sentiasa dibawah rahmah Allah.
" Decide apa nak buat nanti masa cuti lama-lama nanti tahu-tahu jer cuti berlalu begitu sahaja" peringatan suami selepas memberi kebenaran kepada saya untuk bercuti tanpa gaji.
Sebenarnya ikutkan hati dan perasaan mahu sahaja berhenti kerja tak perlah tak dapat shopping asalkan dapat jaga anak, tidak pressure dengan office politik dan dapat pergi belajar agama. Dalam fikiran asyik berfikir siapa mahu bantu jaga anak..selama ni mak yang jaga sekarang mak dah tak sihat. saya tidak pernah menghantar ke rumah orang untuk menjaga anak. Dan dikala ini juga saya masih belum berjumpa orang yang boleh balik hari datang ke rumah.
Berhenti kerja sebenarnya adalah pilihan yang masih tidak mampu untuk saya melakukannya kerana saya tidak ada perancangan yang khusus untuk menggantikan sumber pendapatan saya untuk membantu keluarga saya sendiri dan juga mak dan adik-adik yang masih belajar.
Beruntung mereka yg duduk dirumah mencari ilmu untuk membina keluarga dan masyarakat yang lebih mengikut acuan Alquran dan Sunnah.
Saya menggunakan peluang yang ada iaitu cuti tanpa gaji untuk menjaga anak. Faktor saya mengambil keputusan ini adalah:
1. Ingin fokus anak-anak, Umar masih bayi saya tidak mahu lepaskan peluang dan masa yang berharga bersama-samanya. Allah memberi peluang ke-empat untuk memperbaiki cara didikan saya terhadap anak-anak. Wafiq pula akan mengambil UPSR, Qistina akan menduduki PT3...
2. Saya juga mahu tumpukan belajar saya....saya minat belajar tapi saya redha yang rezeki saya hanya diberi peluang untuk mengambilnya secara separuh masa. Pening memikirkan bagaimana saya mahu mengatur masa saya?.Sehingga waktu ini, Umar sudah pun 3 bulan lebih saya masih belum mampu untuk membaca journal-journal saya.
3. Saya perlu berehat sebentar dari dunia pekerjaan yang suasana sekarang tidak bagus untuk jiwa saya..saya menjadi lemah dan tidak bermotivasi bila sukar melayari arus yang berlainan fikrahnya. Andai kata tidak mampu untuk berjuang berseorangan ingin rasanya untuk mengundur diri.
Buat masa ini saya bersyukur kepada Allah diberikan peluang ini. Aktiviti saya sekarang ini dipenuhi dengan menghadiri kuliah dhuha dan kuliah asar bersama-sama Umar. Alhamdulillah nikmat ini hanya Allah yang tahu. Bukan hanya bersama Umar tetapi bersama Mak dan Nenek yang tinggal bersama saya ketika ini.
Saya bersama Umar 24 jam melihat dia membesar...adakah saya mampu untuk kembali bekerja selepas ini?...Allahualam...
Saya masih struggle dalam pembahagian masa saya, faktor umur membuatkan saya mudah letih menguruskan anak-anak dan hal rumahtangga. Aktiviti membaca saya semakin terbatas, leka dengan kecomelan dan keletah Umar. Salute to housewife...be proud!
Banyak perkara yang saya ingin lakukan bercabang-cabang didalam fikiran....selalu juga mengeluh " andai Allah beri aku masa muda semula" Ya...kepada yang muda kejarlah ilmu dan impian demi dunia dan akhirat kerana apabila anda tua banyak perkara yang anda tidak dapat kecapi. Masa muda manfaatkanlah kepada perkara yang yang diredhai Allah demi keberuntungan dunia akhirat.
Kuliah Dhuha-Sirah Nabi
Kuliah Asar- Tadabbur Alquran
Kuliah Dhuha- Aqidah
"Wahat Tuhanku Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung daripada orang-orang yang soleh"
as-saffat:100
"Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap penanggungjawab, apakah dia telah memeliharanya atau mensia-siakannya" HR, Ibnu Hibban
Nak tanya.. Kalau kita cuti tanpa gaji, tolakan gaji kita tu mcm mana ya seperti loan rumah? Teringin nak cuti tanpa gaji?
ReplyDelete