Maisarah, her first time experience...

Assalamualaikum

4 hari bercuti ...mmm seronoknya dapat menghabiskan masa dengan keluarga. Tak sabar, segala persediaan telah dibuat beli hadiah dan menu apa nak masak untuk bawa bekal untuk berkelah nanti..

Masing-masing ada agenda, balik kampung, family gathering, bawak anak jalan-jalan. Kali ini ibu ada family gathering di PD yang sudah lama dirancang....sudah lama anak-anak menunggu TAPI...kita mampu merancang hanya Allah yang menentukan itulah kata-kata yang selalu kita ucapkan. Maisarah sudah demam, muntah2 sejak hari khamis lagi tapi demamnya makin surut cuma dia tak lalu makan dan tak ada tenaga. Dan bermacam2 ibu usaha untuk adik makan...-(

Ibu: "Maisarah....adik kalau adik tak nak makan atau minum ibu terpaksa bawa adik pergi hospital kita semua tak pergi PD..".

Adik:" Tak mahu...tak mahu...dia terus bersemangat sedikit dan cuba untuk makan"

Akhirnya kami pergi juga PD, hati ibu tetap tak sedap hati dengan keadaan maisarah tapi serba salah dibuatnya hati anak yang lain pun nak kena jaga..

Sampai di PD, maisarah masuk pertandingan mewarna, saya lihat dia berjalan pun tak larat dan nak mewarna pun tak ada daya...., selepas maghrib saya tengok adik, adik kata adik nak tidur....hati saya berkata “ tak boleh jadi ni!!!”

Saya terus beritahu suami saya nak balik Kajang malam ni juga nak pergi KPJ Kajang. Apa lagi maisarah menangis meraung2 tak nak ke hospital. Dalam kereta hati ibu berdoa, berdoa berdoa supaya Allah berikan kesihatan pada maisarah.

Sampai di KPJ pukul 9.30 malam, saya kata saya nak warded anak saya sebab dia tak lalu makan dan dah lembik. Dr ambil darah apa lagi meraung satu hospital laaa....

IMG_0935IMG_0937

Ayah sedang memujuk maisarah...

IMG_0941

Muka kesedihan sebab kena masuk hospital
. Alhamdulliah Dr ada pukul 12 malam dia datang dan beritahu result darah so tak ada apa yang serius cuma badan tak ada air. sepanjang 2 hari kat hospital 4 botol air dimasukkan.

IMG_0943

Ayah suapkan adik makan pan cake macdonald..hopsital bagi coco crunch ngan milk dia tak nak...

Ayah lepas ni nak ke PD pula layan anak2 yang lagi 2 orang yg sedang berfamily day huhuhu kesian ayah berapa kali ulang alik ke PD...


IMG_0946IMG_0950

Hari ni better sikit dah nak cakap sikit2....rindu sangat dengan dia...dah dekat seminggu ibu tak dengar celoteh dia....

IMG_0952IMG_0956

Dah nak pergi playroom....alhamdullillah hati ibu gembira....


IMG_0957

Dapat hadiah birthday dari saudara mara yang sedang berfamily day di PD

IMG_0958


Hehehehhe tulis diary pulak...sebagai tambahan maisarah kata best sebb makanan dia hantar ke katil...waaaah....dan bangun tidur jer boleh tengok TV..asyik tengok Tv jer....


IMG_0959IMG_0961
Akhirnya alhamdulliah keluar juga hari ini....24.01.2012...Ibu doakan maisarah sentiasa sihat. Ibu bersyukur sangat dan tiada apa yang lebih membahagiakan...bila melihat maisarah senyum...Selepas ini mungkin 2 tahun lagi ke 4 tahun lagi ker 10 tahun lagi ker?...kalau dia tanya dia pernah masuk hospital?...so inilah ceritanya.....


Comments

  1. BANTUALAH MASJID AL SOLEHIN YANG SEDANG TENAT
    SILA HULURKAN BANTUAN DARI SEGI MORAL DAN PERUNDANGAN.

    KISAH PENGHINAAN TERHADAP MASJID AL SOLEHIN DAN AHLI KHARIAHNYA DIKULAIJAYA
    www.karamsingwali.blogspot.com
    tolong share..bantu kami selamatkan al solehin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts