Doa termakbul?

Assalamualaikum

Fuh, lama sungguh telah saya tinggalkan blog sudah bersawang lamanya..sudah 3 bulan..bukan apa banyak sangat kejadian yang terjadi, ingin rasanya berkongsi tapi biarlah tunggu!!!

Entry kali ini just nak share terutamanya untuk anak2 itulah tujuan blog ini pun...Sudah 3 minggu anak2 sudah bersekolah...Qistina mengalami dilema pada minggu pertama kerana dia akan ditugaskan untuk menjadi MC pada 30 Jan nanti!!!!

Qis: Ibu boleh tak qistina ponteng sekolah 30hb nanti?
Ibu: kenapa?
Qis: Qistina tak nak jadi MC
Ibu: Kata nak cari pengganti?
Qis: tak ada sesiapa nak ganti..
Ibu: Qistina cuba qistina bayangkan kalau qistina ponteng sekolah dan orang yg akan gantikan qistina untuk jadi MC tu...dia bersedia tak?..apa perasaan dia?.. marah tak dia?...Kita tak boleh lari dari masalah, kita kena hadapinya...

Qis: Diam sambil membungkam kan mukanya dibantal.

Ibu: Macam ni lah qistina kena cuba juga macam ibu, ibu pun tak suka jadi MC masa konvensyen audit dilangkawi tapi ibu kena hadapi juga, ibu tak boleh bagi alasan. Alhamdulliah ia satu pengalaman yang baru. Kita kena cuba sebelum mengaku kalah.

Qis: Diam tanpa ada feedback.

Ibu tinggalkan qistina dan mengharapkan dia berfikir...


Pada suasana yang lain,

Wa
fiq: Ibu, Ibu tahu tak qistina masa sujud terakhir dalam solat dia doa apa?
Ibu: ntah...ibu tak tahu...
Wafiq: Dia doa supaya dia tak jadi MC nanti....

Ibu dalam hati: kesian anak aku takut sungguh dia...biarlah apa2 pun dia kena hadapi juga cabaran tersebut

2 hari lepas...
Qis: Ibu!!! Qistina tak perlu jadi MC!!!!! dengan nada yang cukup gembira dan melegakan...
Ibu:.cher citer sikit...
Qis: Ketua Pengawas dan Penolong pengawas yang akan jadi MC nanti....
Ibu: Wahhh legalah yea.....so apa moral yang qistina dapat?
Qis: ntah...
Ibu : setakat ini yang ibu nampak doa qistina termakbul!!! so Ibu harap selepas ni apa2 yang qistina nak atau ada ujian yang menimpa kita berdoa dengan Allah...kalau ia baik untuk kita maka Allah akan makbulkan....mohon yang baik-baik!!!!

Ibu: Dalam hati...adakah cabaran menjadi MC ini akan terlepas setakat ini sahaja?...anak ku sungguh dia tidak tahu bahawa cabaran yang akan datang lagi mencabar dari hanya menjadi MC...tetapi Ibu bangga sekurang-kurangnya qistina mohon dengan ALLAH apabila berlaku kesulitan....alhamdulliah....



DSC_0478a

Comments

Popular Posts