Sabar itu Indah

Assalamualaikum

Sudah agak lama tiada post yang berkaitan keluarga bukan tak ada cerita cuma sejak kebelakangan ini banyak betul kerja, kerja pejabat...nak kejar stat, kerja rumah yang tak pernah habis, mengikut suami outstation, ada job gambar, ada wedding, ada kelas gambar....dan tak lupa juga dugaan yang menimpa....apalah erti hidup kalau tak ada dugaan kan?...sebenarnya kecil jer tak besar mana tapi ia cukup memberi kesan, tak sangka di kala umur semakin dewasa saya ditimpa dugaan yang menguji tahap emosi dan tahap kesabaran saya, kerana puncanya sangatlah kebudak-budakkan dan boleh dikatakan saya gagal mengawalnya, tetapi saya belajar, ia memberikan impact yang besar terhadap diri saya kerana ia menguji tahap kejujuran dan keikhlasan...ini semua melibatkan penyakit hati. Ingat Keikhlasan itu milik Allah, jangan kita mempersoalkannya.

Saya tak kata saya baik sekurang-kurangnya saya tidak akan mendoakan supaya orang akan ditimpa perkara yang tidak elok. Sedarkah kita Allah maha berkuasa?. Pada tahap ini saya sudah melakukan apa yang patut selebihnya saya berserah kepada Allah.

Majalah Solusi panduan hidup bersyariat lebih membuka minda, Saya baru membaca sedikit majalah ini saya sudah terpikat...Isu 31 mengupas tentang Sabar itu Indah. Sabar itu bukan hanya berdiam diri. Sabar dalam islam bersifat proaktif, dinamik dan produktif.

Saya perlu berlapang dada...susahnya rasa sebagai manusia biasa amatlah payah bagi diri ini mahu berlapang dada maka saya perlukan kata-kata seperti ini

"seorang lelaki telah mengutuk Abu 'Amir al Sya'bi. Beliau berkata kepadanya : Sekiranya aku benar sepertimana yang kamu katakan, maka semoga Allah Mengampuniku. dan sekiranya aku bukan sebagaimana yang kamu katakan, maka semoga Allah mengampuni kamu"

Berlapang dada membuatkan kita lebih tenang dan tidak keluh kesah...saya memilih untuk lebih tenang tapi setiap kali kita berjumpa dengan orang yg mempunyai penyakit hati kita tetap akan berkata-kata....

sejak kebelakangan ini saya diduga tapi alhamdulliah saya bersyukur sangat sebab setiap dugaan itu memberikan kebaikan kepada saya, menjadikan saya lebih tabah, bermuhasabah diri dan mendekatkan diri dengan ALLAH....

Cuma di dalam dunia yang fana ini saya menjadi takut, saya perlukan keluarga, perlukan sahabat tetapi setelah apa yang terjadi saya menjadi takut kerana rupanya ada orang yang cuba mengambil kesempatan...TAK SANGKA!!!!!....tapi itulah hakikat....walaupun saudara yg dekat dgn kita....tak kira kawan mahupun ahli keluarga....takutlah dengan ALLAH kerana apa jua yang kita perkatakan samada ia betul atau salah ia akan berbalik kepada kita atau ahli keluarga.

Semoga Allah menjauhkan diri saya dan keluarga saya dari sifat penyakit hati ini. Amin

Comments

Popular Posts