Baju Sekolah anak dan Kerja Rumah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebenarnya sajer nak cerita pasal baju sekolah. Saya pasti semua ibu mengalami pengalaman yang sama kecuali yang ada pembantu dirumah sebelum ini, sekarang mahupun selepas ini. Pasal baju ni never ending story....tapi saya selalu berfikiran positif dan melakukan dengan sebaik mungkin. Bukan baju sekolah jer kan tapi semua baju....baju ni ada banyak peringkat dari membasuh,menyidai, mengangkat jemuran,melipat dan simpan dalam almari semula atau menggosok. Ada member mencadangkan supaya membeli washing machine yang membasuh dan kering terus tak perlu menyidainya. Dulu harganya lebih kurang 7K mahal kan??..tapi sekarang myb dah murah tak sure plak berapa murah....saya pernah cadangkan kepada husband dan jawapannya NO.....huhu so senyaplah lagi sebb bab machinekan baju ni dia yang buat tapi itu tahun lepas...tahun ni saya mengambil alih tugas2 tersebut so ingat kalau harga dah murah macam nak isi borang permohonan semula....

Actually pasal isu baju ni semua kawan2 yg surirumah yang ibu bekerja mmg akan berkongsi cerita supaya kita merasa lega dan kurang stress, bukan bermakna kita tak ikhlas buat tapi kita manusia bukan robot perasaan penat dan bosan membuat kerja2 yang sama berulang2. bukan masalah baju jer tapi memasak, mengemas, dan menjaga anak....tapi kalau kita positif dan seronok melakukannya insyallah kita tak akan merasa penat.

saya sebenarnya pasal baju ni memang cerewet sikit tapi terpaksa buat ala kadar jer mengikut kemampuan tak mahu menyusahkan diri. Dulu saya mula2 beli washing machine bila ada anak 2...sebab tak mahu beli hutang nak beli cash dan dulu saya bukanlah hidup mewah yelah baru nak mula hidup kan? so selepas 3 tahun kahwin saya baru beli washing machine cash.....dan dah ada anak 2 kan penat jugak nak basuh tangan..

okay saya sajer nak share dan kepada anak2 ibu, ibu bangga melakukannya untuk anak2 ibu....saya mmg suka basuh baju dan mengemas dari memasak....ini adalah routine baru untuk ibu tahun ni disebabkan suami semakin sibuk so sebagai isteri kenalah bertolak ansur. So mari kita share okay....sebelum ini suami akan membasuh, menyidai dan mengangkat baju dan saya akan melipat,menggosok dan memasukkan dalam almari. tapi memberus baju sekolah adalah saya...kalau tak sempat saya humban kan jer dalam washing machine jugak heheheh, so ni sajer nak share rutin baru saya...

4.00-5.00 pagi saya dah bangun saya akan sediakan sarapan pagi untuk saya, suami dan anak2
5.00-5.45 saya akan memberus baju sekolah yang telah direndam malam semalam. dan terus sidai.
lepas tu terus mandi dan bersiap ke kerja...saya akan keluar rumah pukul 6.30 ( itu paling lewat) dan saya akan sampai ke office lebih kurang pukul 7.00 atau 7.10 minit(7.30 masuk kerja).
saya balik pukul 4.30 petang. sekiranya terus keluar pejabat, saya akan sampai dirumah mak saya dalam pukul 5.00, saya akan ambil maisarah, kerana 2 orang lagi tu akan balik sekolah agama dan turun dirumah sendiri.

sampai rumah, angkat baju dan terus solat, lepas solat saya akan masak dan sambil machine baju2 yang lain, baju suami jer htr dobi sebab tak sempat nak memberus dan mengosok. selalunya lepas masak, baju pun dah settle, saya sidai....semua aktiviti akan selesai lebih kurang dalam pukul 7 lebih...so apabila lepas solat maghrib semua dah settle, makan malam bersama dan akan melayan kerja sekolah anak atau saya akan pergi mengaji bersama-sama anak sekiranya saya tiada aktiviti lain. Kadang2 sambil anak buat kerja sekolah masa tu lah saya layan FB, blog, baca blog, membaca...atau lipat kain

Alhamdulliah saya bekerja di salah satu semigovernment, kerja saya tak sesibuk sesiapa yang kerja swasta. bagi saya...buatlah ikut kemampuan kita, kenali diri kita fahami diri kita, sesuaikan lah dengan masa kita...sebab kita semua diberi masa yang sama 24 jam...so terpulang pada kita untuk membahagikan masa dan apa yang kita mahu.

Semasa anak2 saya masih kecil pun saya buat rutin yang lebih kurang sama. cuma saya tak dapat selalu masak sahaja. saya tak masak sarapan dan jarang sangat masak malam myb weekend jer tapi saya still bangun pukul 4.00 pagi kerana saya nak pam susu, anak bangun menyusu, saya lipat kain, basuh baju, atau mengemas rumah.
Alhamdulliah selama hampir 12 tahun mendirikan rumahtangga apa yg saya pelajari dari suami ialah tentang displin dan bagaimana pengurusan masa itu penting. Sebagai manusia kita tak sempurna so marilah dari masa ke semasa kita sama-sama memperbaiki diri.

kat bawah ni sajer nak share terutama untuk anak2 gambar baju sekolah anak yg telah saya gosok sabtu lepas....jadi hujung minggu ini ibu dapat relaks.....

38

berderet jer baju tukan???? kalau orang yang ada ramai anak.....huhuuuhuhuhu

37

Comments

  1. dulu akma drjah 3 dh kene gosok baju sendiri. sampai berlubang2 baju. pastu ibu ckp salah sendiri terpaksa la pakai baju berlubang gi sekolah. ibu taknak ganti sbb takde duit. malu je kt kawan2. tp ade hikmahnye. kene berdikari. go go cik ati!

    ReplyDelete
  2. Huhhu garangnya ibu heheh qistina tu kadang2 gosok sendiri jugak tapi selalunya tudung. mmg dah kena ajar gosok sendiri kan?. bagus aaaa akmar awal2 dah berdikari. cik atie baru nak ajar sikit2 ni....

    ReplyDelete
  3. fuh, lepas satu napas baca post kali ini.
    kita kaum ibu , memang kerja tak sudah, kan?
    tapi betul, kalau kita buat sesuatu lillahi ta'ala, tentu penat tu tak terasa...

    ReplyDelete
  4. betul marya rasa seronok mmg lah penat tapi puas kan?...kalau kita fikirkan balik kita kat dunia ni sementara jer so buatlah, isilah masa dengan sebaiknya.....semoga allah berikan kekuatan fizikal dan mental....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts