tidak mewah tapi banyak manfaatnya...

Assalamualaikum

Ini pulak nak kongsi cerita pasal makan...tempatnya tak mewah hanya gerai tepi jalan jer tapi kami seronok menghabiskan masa. Pada hujung minggu lepas adik saya datang ke rumah dan we all jalan-jalan tengok projek rumah baru yang boleh dibeli. So sebelum balik we all singgah tempat yang saya selalu singgah untuk menikmati bee hoon supnyer saya suka ada rasa manis2 sikit tapi kena letak sambal kicap baru best....dagingnya sangat lembut dan banyak. Eh lupa plak nak beritahu tempatnya .... oooo okay tempatnya berhampiran di masjid kajang.... ada banyak gerai kat situ...ada gerai sup, rojak, cendol, kuih muih, goreng pisang dan popia goreng(sedappp) dah popia basah. Tapikan hari tu saya pergi ada gerai baru jual sup juga...mmmm ntahlah saya tak pernah cuba tapikaaaan mmg laa rezeki masing2 tapi sangat berdekatan kenapa nak berniaga sup jugak cuba kalau dia jual laksa pulak atau mee kari kan best so ada banyak pilihan kan???...mmm tak perlah rezeki masing2 kan....susah nak kata.....

so ini gambar di bawah adalah gerai2 yang bersebelahan dengan masjid tu....masa ni mmg best cuaca yang sangat redup dan mendung...


depan masjid kajang


sedap oooo

ini maisarah yang tengah sedap makan rojak..bagi saya rojak dia biasa jer tapi boleh lah makan tak laaa superb sangat tapi boleh laaa.......sajer post gambar nih nak tunjuk mata maisarah memakai celak....=)
urut kaki ker abang....

dan kat tepi tu pulak ada macam kedai kecil2 dan tempat berurut so suami saya sempat lepas selesai makan dia lepak berurut pulak...RM20 untuk kaki sahaja. suami kata serasi dgn dia...so far dah 2 kali dia pergi....

kejar mengejar

sementara menunggu suami berurut apa lagi budak2 ni dok main kat tepi tu main kejar2....ruang yang terhad tapi penuh aktiviti.....
seronok main

tengok tu rifqi....ni anak buah yang susah nak senyum tapi seronokkk sangat tengok di agembira bila dapat lari kesana sini....

comel jer rifqi lari



ni monyet ke apa?

mmm ni biasalah wafiq...sempat memanjat ada jer aksi yang nak dibuat olehnya

model 2011

sempat gak posing....mmmm boleh tahan kan?

posing tuh

maisarah pulak panjat tunggul tuh....

okay sesiapa rasa nak cuba silakan...tapi abang yang jual sup tu ada 2 orang saya susah nak describe yang mana satu yg saya pernah makan....yg satu tu saya tak pernah cuba sebab dia baru jer wujud di tepi masjid tuh....

so inilah salah satu aktiviti weekend saya.....tidak mewah tapi cukup untuk melakukan aktiviti keluarga dan semua orang seronok....

Comments

Popular Posts