For a second time
Assalamualaikum buat anak-anak ibu yang dah pergi sekolah. sunyi jer rumah ni kalau ada baby memang seronok. Tak terfikir pun nak cuba mengandung anak ke-empat tapi sejak maisarah mula nak masuk 4 tahun mula perasaan nak ada baby. boring tak ada baby padahal tak cukup tangan sebenarnya dengan kerja yang sedia ada. Itulah penangan baby sebenarnya....bagaimana anda cuba elakkan perasaan tu ia tetap datang. itulah sebenarnya perasaan setiap wanita dimuka bumi ini ingin menjadi seorang isteri dan mempunyai anak tapi tidak semua akan dapat merasainya. Allah telah menetapkan sejauh mana rezeki kita dan bagaimana bentuknya dan samada ia dalam kesenangan atau kesusahan ia adalah dugaan Allah semata-mata.
Selepas berfikir saya pun merancang untuk mengandung lagi tapi ia juga satu perubahan besar bagi diri saya sebab anak-anak dah besar kan tapi bila tanya diorang nak adik lagi tak? semuanya happy jer bila dengar. Pengorbanan ini memberikan kegembiraan bukan sahaja pada diri sendiri tapi seisi keluarga itu yang yang dapat saya fikirkan.
Tapi sebagai manusia dan hamba yang lemah yang kita tak tahu apa yang dijangkakan pada 28.6.2010 saya keguguran pada usia kandungan 11 minggu. saya buat D & C di KPJ kerana ketika itu saya sudah bleeding dgn banyaknya. kandungan saya tidak develop dan dipanggil missed abortion. kantung baby pun dan tak normal. Pada ketika ini saya tiada pilihan terpaksa buat D & C pada waktu selepas waktu bekerja dimana bil mesti mahal tapi pada ketika itu KPJ yg menjadi pilihan saya. tak per lah terpaksa bayar lebih. Ya kalau tanya pendapat orang orang ada yang kata " tunggu jer laa dia jatuh sendiri"...tak payah cuci...mmm sampai bila?. saya perlu bekerja dan ia sangat tidak selesa apabila sudah bleeding....dan kalau bleeding banyak sangat mcm mana nanti?...
selepas D&C perasaan sedih dan saya mengalami keadaan yg sukar juga untuk terima. Bayangkan orang yang bertahun2 mencuba untuk mendapatkan anak. saya cuba untuk mendalami perasaan mereka. bersyukur apa yang ada. tak pernah nak salah atau menyesali apa pun. segalanya telah ditentukan olehNYA. saya redha.
Masa pun berlalu dan Doktor pun suruh saya teruskan makan acid folik secara berterusan. Bila hampir 2 bulan lebih juga saya makan acid folik saya disahkan mengandung untuk kali ke-5. Kali ni Dr buat ujian beta HCG dengan mengambil darah untuk pastikan ia mengandung atau tidak dgn cara lebih tepat dan boleh mengesan awal untuk mengandung luar rahim. saya mengambil darah sebanyak 2 kali untuk melihat peningkatan bacaan darah selepas 48 jam saya kena datang semula untuk amik darah. Perasaan risau mula menghantui takut perkara yang sama akan berulang lagi?
Pada usia kandungan saya hampir kepada 11 minggu saya pun pergi untuk check-up. saya mengalami alahan yang teruk juga terutama petang. saya rasa insyallah kandungan ini akan normal. Tapi masa saya berjumpa Dr, saya terkejut apabila saya scan baby tidak develop. kantung saya kosong tiada janin tiada nadi. kantung saya masih normal. Diam....terkedu.....tak tahu nak cakap apa dan dr pun tak cakap apa sebab terkejut. dr nasihatkan buat D & C saya kata saya nak tunggu dan dr bagi hingga tarikh 12.01.2011. Saya pulang dengan perasaan terkejut dan sukar untuk mempercayainya. Saya pergi untuk mintak second opinion di kajang Plaza ...keputusannya sama.
Saya cuba lagi untuk pergi untuk 3rd opinion di An-nur bangi. saya tak suka environment klinik tu tapi Dr khamisah sangat motherly memberi penjelasan dan penerangan dan disitu semua kesabaran saya dari pagi tadi luluh dibilik Dr tu saya menangis apabila keputusannya tetap sama. Dr memujuk saya.
Saya call kawan yang seorang Dr gynea ( masih sedang cuti bersalin) dia kata too bad sebab kantung berukuran 4 cm mesti kena nmpk baby kalau 2cm tak per. Dia menenangkan saya dia kata selepas ni perlu buat investigation apa yang tak kena.
saya balik berehat dan tidur tanpa apa-apa yang difikirkan. selama 2 hari saya rasa biasa dan mulai sihat tiada mabuk sangat loya masih ada sikit2 perut pun macam dah kempis sikit. saya buat kerja rumah macam biasa..gosok baju sekolah anak, menyapu dan memasak mcm tiada apa-apa yang berlaku. tapi dalam kepala otak fikir bila saya nak buat D&C. saya decide hari Isnin 10.01.2011 saya akan buat D&C..saya tak mahu tunggu dengan harapan yang tak pasti.
setelah survey beberapa hospital dari HUKM, An-Nur Bangi, Pusrawi so semalam pagi saya ke KPJ jumpa Dr Rasliza, actually dia agak pendiam tapi treatmentnya agak memuaskan walaupun mahal tapi pengalaman saya nurses kat sana mmg best. Saya beritahu Dr saya nak buat time office bekerja(supaya tiada charge lebih) dan saya hanya mahu duduk day-care sahaja. So pukul 11.30 saya sudah bersedia untuk masuk ke OT. Nurse ada dok cakap sorang bila tengok sya punya fail 5 bla-bla 3 blaaa and 2 bla-bla....saya sempat tanya apa benda tu dia cakap 5 pregnancy 3 hidup 2 gugur dan DNC. Ok noted. Saya jumpa pakar bius yang sama Dr Suresh handsome, india putih dan peramah .....sangat2 peramah..dia lagi peramah dari Dr Ras.Saya suka melihat semua nurse sibuk menyediakan peralatan dan Dr pun sedang bersiap sedia macam dalam cerita House. Saya selalu berdoa agar salah seorang anak saya boleh berbakti kepada orang ramai seperti mereka. Masa menunggu persediaan dibilik OT air mata mula mengalir. Dr Suresh mengusap bahu saya supaya saya bersabar. Masa Dr suresh cuba untuk cari urat didapati ada kesukaran kerana urat saya mengecut dan halus walaupun memang senang nampak garisan urat ni tapi susah nak masukkan jarum. tangan kiri gagal.....cuba ditangan kanan alhamdulliah ia berjaya. dr Suresh yang handome tu tak habis-habis berborak dgn saya sempat bergossip pasal Dr gigi sehingga soalan terakhir yang saya sempat jawap bila dia tanya " dah berapa lama pakai braces?" saya jawap "setahun setengah".....apabila oksigen disumbatkan kemuka saya dengan kiraan yang kuat oleh nurses disitu 5,4,3,2,1.....Gelap......
"Puan...Puan dah selesai....apabila saya buka mata sahaja saya mula menangis tak berhenti-henti...nurse dah gabra dok tanya 'puan sakit ker sakit ker? saya hanya mengelengkan kepala. nurse mengusap kepala saya "bersabar Puan insyallah ada rezeki lagi". sehingga di bilik day care saya masih menangis lagi. waktu dalam pukul 12.38. dalam 5 minit kemudian perasaan mula lega. Fuuuuh lapar giler dan haus. Last saya makan adalah pukul 6 petang semalam. Kepala masih pening dan mamai tak boleh tidur.... diorag bagi makan roti dgn air milo. Pukul 3.00 saya check out tengok bil mmmmm alhamdulliah saya dapat jimat 800 henget sebelum ni saya kena hampir 2,300 kali kedua saya kena 1500 lebih kurang harga an-nur bangi. perbezaan yang nyata adalah bayaran bilik OT, bilik wad dan bayaran Dr pakar bius dan Dr Ras. Habis budget nak beli tripod baru huhuhuhu. Balik rumah makan nasi terus tidur sampai pukul 730 baru bangun. perut masih sakit lagi rasa cramp sikit....lepas makan malam dok lepak depan TV sambil lipat kain yang menggunung....cuba untuk tidur gagal..... pukul 4 pagi baru saya tidur. saya baca buku sebab tak boleh tidur. Kul 530 bangun untuk sediakan breakfast anak-anak ke sekolah.
Ok ker saya?...alhamdulliah saya ok sedih memang sedih tapi saya tak memandang kebelakang dengan dugaan yang menimpa... siapa saya untuk mengetahui rahsia disebalik apa yang berlaku. Dugaan saya hanya kecil dibandingkan dengan orang lain . Saya dan sekeluarga masih ada disisi yang memerlukan perhatian saya, itu lebih penting. Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya buat masa ini.
Serik?...tak serik tapi takut...buat masa ini saya tidak memikirkan untuk mencuba lagi dah mengambil keputusan untuk berehat seketika dan membuat pemeriksaan susulan.
Kesal? tak pernah menyesali apa yang terjadi tetapi kesal dan sangat kesal dengan sikap orang yang membuang bayi tanpa perasaan.
Okay itu jer yg terfikir untuk dikongsi bersama kalau ada tambahan nanti saya cerita lagi. Salam.
kak atie seday baca... :( tak tau ponx...harap kak atie kuat yer...dugaan kan...DIA lebay mengetahui...
ReplyDeletethanks..tak per tak ada rezeki kita kena redha ketentuanNYA....
ReplyDeletecik atie... apapun, sabar banyak2... allah bersama org2 yg bersabar... m baru tahu hal ini... nak sgt gi ziarah tapi biarlah cik atie berehat dulu ok...jaga diri bebaik....insya-allah semuanya ada hikmah...satu lagi... ingat pesan allah:" la in syakartum la aziidan nakum.kalau kamu bersyukur, akan kutambahkan lagi nikmat buat kamu..."
ReplyDeletebanyak2 kan zikir supaya tiada ruang utk syaitin berbisik yg bukan2 dlm pemikiran dan hati kita...dan berzikir itu dpt menenangkan jiwa...insya-allah...
Thanks maria alhamdulliah ada hikmah atas apa yg berlaku.
ReplyDeletenak tanye..
ReplyDeletesaya baru lepas having miscarriege..
dr dah buat transvagina ultrasound..
& die suggest kami utk having d&C
kalau buat kat gov diorg akan admit..
tp kalau kat private .. just day care je..
..lepas buat d&c day care tuh.. lepas discharge .. sakit tuh smpai bile.. xde ape ape masalah ke..