BMW…..Boss, Mother and Wife
Assalamualaikum…..
Waaah tengok tajuk kat atas tu macam gempak jer…sebenarnya tak ada apa tetiba jer terlintas ayat tuh..…so cerita saya kali ni merujuk kepada gambar yang satu nih….kali ni just nak share my feeling masa nih…rasa lega kot kalu dapat menulis ( yer ker?...ntah ni nak cuba la nih..=). Hope ada hamba allah diluar sana mempunyai perasaan yang sama dengan saya….
Okay gambar ni sebenarnya merujuk kepada perasaan saya pada minggu nih…sebenarnya cuti minggu ni dah plan nak concentrate untuk anak2 dan mula untuk mengajar anak secara serius…( mcm tusyen tuh) lepas tu nak buat BBQ dgn family nampak gaya BBQ dengan semua segala akta laaaa jawabnya….sebab selepas 3 minggu saya bercuti …masuk jer kerja saya dapat email yang saya akan pergi untuk interview kenaikan pangkat ( 08.02.2011)…giler gempak jer bunyi nyer tapi kepada kawan2 satu pejabat dan yang mengenali saya dan tahu dimana saya bekerja ia tak lah seindah mana pun kan?...alhamdulliah tidak terkira kerana memberi peluang dan alhamdulliah saya cukup syarat2 asas tapi kalau dirujuk kepada pengalaman dan pengetahuan teknikal memang sangat jauh rasanya untuk mencapai atau memegang jawatan tu. Terus terang saya katakan saya tidak bersedia untuk menghadiri temuduga tersebut dan juga memegang jawatan tersebut. Kenapa agaknya ya?....kerana saya memilih untuk melupakannya…dan selalu berkata kalau ada rezeki tidak kemana tanpa membuat sebarang persediaan terutama 3 tahun kebelakangan ini. Secara tidak sedar sebenarnya saya telah menutup peluang itu dan membuang terus cita2 tersebut tanpa ada usaha sedikit pun kearah itu….prestasi, pengetahuan teknikal dan juga sumbangan masa????....saya tergolong dalam orang yg sangat biasa…..
Ada orang boleh berjaya dan menguasai semua peranan yang ada samada sebagai boss, ibu dan isteri. Saya pernah buktikan satu ketika dulu dan juga satu ketika dulu saya mmg ingin satu career path yg berjaya…tapi kenapa tidak sekarang????....kerana itu pilihan saya….saya hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga. Fokus sudah lain saya tak suka tipu diri sendiri. Umur semakin meningkat keinginan saya sudah berubah. Saya hanya mahu M & M ( be a great muslimah and a great mother)
Pressure tak saya nak temuduga mmmm kadang2 jer rasa nak cepat habis jer….Cuma saya rasa selama bekerja 8 tahun baru nak temuduga, kadang2 rasa dihargai pulak…dan kadang2 berangan kejap dapat pangkat gred 48 tu hahahahah….apa salahnyer kan?....ntah bila dapat rasa jawatan tu. Saya bersyukur apa sahaja yang bakal saya terima pada masa hadapan. Sekarang saya happy dengan skop kerja saya hanya fikir stat yang perlu dicapai dan pastikan gaji yang diterima diberkati…dan selebihnya adalah untuk keluarga.
So????...selama 7 hari ni saya cuba untuk membuat sedikit persediaan supaya tidak kelihatan bodoh didepan panel-panel itu nanti…..saya berdoa supaya saya tidak gugup infront of all the top management waaawaaaaaa are they so mean????...ask all the technical questions???? Provoke question????....
Okayyy itu saya akan cerita pulak…selepas saya hadir temuduga nanti….. ni masih tengah fikir nak bawak camera tak?....korang rasa mcm mana?...kenang-kenangan tuuuu
Good things come to those who wait
Better things come to those who try
Best things come to those who believe
Desired things come to those who pray…..
Comments
Post a Comment