Selepas Kelahiran

Assalamualaikum terutama buat anak-anak ibu yg tengah main game tak habis2 tu....

Okay saya sambung cerita pasal Qistina...tadi baru jer baca status member kat facebook mengenai orang yang suka buat perbandingan antara bersalin normal dan C-sec. Sebenarnya kita tak perlu buat any comparison itu riak namanya sedangkan untuk membesarkan anak lebih banyak pengorbanan dan kesabaran yang perlu kita tanam dalam diri. Setiap orang akan alami pengalaman mereka yang tersendiri. Seperti saya masa mengandungkan qistina saya mengalami alah yang sangat teruk sehingga 4 bulan, dalam keadaan yang tiada kerja dan pekerjaan suami yang belum stabil, saya mengalami proses pantang yang amat tidak cukup selesa tetapi Allah mudah kan saya dalam proses bersalin bukan tak sakit.., mana ada orang bersalin tak sakit?...ALLAH itu adil apa yang terjadi semuanya ada hikmah.

So ini adalah pengalaman pertama dalam pantang adusss memang stress sangat tak tahu nak handle malam asyik nangis jer macam tak ada connection jer antara ibu ngan anak...nasib baik ada mak yang banyak membantu, bab lain tu okay tapi tang nangis jer tak reti...biasalah anak pertama kan memang tak enjoy langsung masa dalam pantang. Boss pun ada hantar kerja kat rumah sebab tak ada orang nak prepare kan gaji pekerja..huhuuh...so kena buat kerja jugak...
Masa tu keadaan rumah mak memang tak selesa sangat tapi nak buat macam mana lagipun mana lagi saya nak pergi kan? Siapa yang akan jaga Qistina kalau saya bekerja?....alhamdulliah mak yang akan jaga sebab mak memang mancari rezeki dengan menjaga anak orang masa tu adalah dalam 7 orang termasuk Qistina yang paling kecil...yang lain dah besar2.

Qistina menyusu badan tak lama ada lah 3-4 bulan jer sebab masa tu tak pandai dan tidak didedahkan kebaikan menyusu dan masa tu asyik terfikir eee malu laaa asyik nak angkat baju depan orang memang segan. Dulu bukan macam sekarang kempen dan peralatan menyusu badan sangat hebat di pasaran. Lepas habis pantang plak badan masih tak kurus tambah stress lagi.....lepas tu diet setahun jugak tak minum ais dan makan jamu tapi masih tak dpat turunkan berat badan seperti sebelum mengandung cuma okaylah sket...mengandung anak perempuan semua alignment lari....

Anak itu adalah rezeki memang betul sejak adanya qistina rezeki tak putus-putus masa ni we all tukar kereta dari kancil ke wira. Pada 01.08.2001 saya dapat kerja yang lebih baik walaupun ketika itu hanya pekerja kontrak. Masa tu umur qistina lebih kurang setahun. Selepas 5 bulan saya ditawarkan kerja tetap. Suami ketika itu baru mula sambung belajar untuk ijazah. Tapi selepas saya ditawarkan kerja tetap suami kena VSS pulok...aduss mengelabah jugak lah kan...tapi suami relaks jer sebab masa tu boleh tahan jugak tawaran VSS tu. Saya memang risau yelah kan mana nak cari kerja bukannya senang....tapi alhamdulliah sebulan jadi pengganggur dapat tawaran kerja. So hidup kami kembali stabil.

Sepanjang 2002 saya sibuk berkursus dan saya selalu menangis rindukan Qistina ada sekali tu dia kena sakit kaki tangan dan mulut tapi saya tidak dibenarkan balik dan bermalam. Saya hanya sempat jenguk dia dalam masa lebih kurang 2-3 jam sahaja. Ibu tahu Qistina memang seorang yang kuat. Masa umur dia lebih kurang 5 ke 6 tahun pun dia kena sakit kaki tangan dan mulut tapi yang kali kedua tak seteruk masa dia umur 2 tahun.

Hidup kami semakin stabil, tak mewah cuma sangat sederhana...waktu ini saya masih tidak mempunyai sofa dan mesin basuh. Masa tu nak beli cash tak mampu dan saya tak suka berhutang so kumpul la duit sikit2 kan?. Saya suka berjalan masa qistina belum dapat adik lagi dan masih belum sibuk so Qistina puas berjalan ke Langkawi, Singapore dan Kota Kinabalu( tu jer yg saya ingat) sebab ye laaa anak kecik lagi jalan tak payah tunggu cuti sekolah so murah sikit.

Hidup mesti ada perubahan betul tak?sepanjang membesarkan Qistina saya perolehi banyak tunjuk ajar dari mak saya....sayang sangat mak, saya belajar erti sabar dan cara menguruskan anak sendiri. Okay nanti sambung lagi memang banyak nak cerita yelaaah Qistina pun dah nak masuk 11 tahun so banyak lah nak cerita...=)

Comments

Popular Posts