Anak pertama

So selepas agak-agak 6 bulan selepas kahwin...saya disahkan mengandung iaitu pada tahun 1999...sempatlah enjoy sekejap walaupun tak merancang pun....masa qistina ni memang mabuk teruk sangat lembik giler semua benda tak boleh makan...sampai Dr kata keluar semua daki perut heheh sampai saya berhenti kerja sebab masa tu dapat kerja baru kat menara Tan & Tan dah tak berapa ingat dah company apa...tapi terpaksa menolaknya kerana keadaan yang teruk...tahu baring jerrr simptom ni berlarutan sampai lah 4 bulan.

Tepat 4 bulan segalanya okay macam magic jer, macam tak ada apa2 pun berlaku..so alhamdulliah masa tu kira okay dah tapi tak ada kerja lah pulak so melepak le kat kedai saudara tolong menjahit apa2 yang patut..lebih kurang sebulan macam tu dapatlah kerja atas pertolongan kawan dekat area setiawangsa. okaylahh kan dari tak ada kerja...tapi masa tu yg saya ingat office tak ada lif pejabat tingkat 2 ke tingkat 3 so sampai ler nak bersalin dok angkut laptop dan panjat tangga dan driving dari pandan indah ke setiawangsa.

Tapi kannn waktu tu muda baru umur 24 tahun so mengandung anak pertama selepas hilang segala mabuk tuh sihat berjalan tak ingat pergi jalan TAR pun rileks jer....tawaf ler berapa round pun...mmg saya sangat setuju bila orang kata beranak ler ramai2 waktu muda-muda..kenapa saya kata begitu? kena la follow cerita saya....

Seperti biasa seingat saya preparation saya hanya dibuat masa kandungan saya berusia 6 bulan masa tu JJ member sales..sakan bershopping dengan kawan baik Norjie...masa tu semua nya baru kan..anak pertama...kan menanti kedatangan adalah sesuatu yang dinantikan.....okay..bab mengidam so far tak lah yang pelik cuma biasa- biasa jer ada sekali tu tengah malam buta nak jugak minum 100 plus....husband terpaksa laa gagah kan diri bangun dari tidur beli di 7-11...hehehhe nasib baik 100 plus jer. Masa anak pertama ni suka sangat maksud saya 'suka giler' atau obsess dengan cerita cina "my fair princess"...kalau tengah tgk cerita ni siapa panggil pun mmg bo layan, saya suka sangat tengok princess2 tu semua....mak dok bising jangan tengok sangat nanti mata anak sepet....bla...bla...bla....tulaaa so siapa yang dah tengok qistina pandai-pandai ler menilai sendiri ada kena mengena atau memang mata saya pun tak besar mana pun hehehheeh....

Masa kandungan 7 bulan keluarga mentua berhajat nak buat juga kenduri lenggang perut aduss masa tu serba salah dibuatnya....so nak jaga hati org tua so ikutkan jer tapi biarlah hanya Allah yang tahu.

Okay...semua preparation dah dibuat serba sederhana mengikut kemampuan pada waktu itu..
Hospital yang saya pilih pada waktu itu ialah HUKM saya mula membuat regular check up disitu pada usia kandungan 7 bulan. Sebelum itu hanya diklinik biasa sahaja.

Gambar??. adalah gambar tengah mengandung anak pertama gambar zaman filem jer..so nak kena scan pulak lah kan?

Comments

Popular Posts