Anak Kedua

Assalamualaikum dan hai....

Okay kalau rujuk pada tajuk diatas mmm anak kedua ....bila tu agaknya ek?...dirancang atau tak sengaja.....hehhehe saspen jer....sebenar untuk mengandung kali kedua memang tiada dalam perancangan sehingga lah pada 2002. Saya merancang keluarga ketika itu dengan hanya menggunakan pil perancang which is hampir 2 tahun lebih saya menggunakannya...fuuuh lama tu which is jarang sangat tertinggal ...makan hari-hari...kalau difikirkan balik mcm mana saya boleh lakukan?...ia hanya kerana takut mengandung tanpa perancangan. Saya seorang yang tidak sabar untuk mengendalikan anak yang rapat-rapat dan bagi saya seorang anak itu mestilah dikehendaki supaya kelahirannya dinantikan sama seperti anak pertama. Hati saya terbuka untuk anak kedua kerana ia adalah fitrah seorang wanita, naluri seorang wanita itu sendiri, ia datang dengan sendiri ya...aku sudah bersedia untuk mengandung lagi....

So saya pergi jumpa Dr kerana perlu nasihat beliau disebabkan pengambilan ubat perancang yang agak lama. nasihat Dr at least 3 bulan hormon akan stabil semula selepas berhenti mengambil ubat perancang. OOOO okay saya pun buat saya punya perancangan bila mahu buka kilang semula kan?...risau jugak sebab masa ni ada 4 paper exam perlu diambil untuk pengesahan jawatan dalam organisasi tempat saya bekerja...jadi saya tak mahu ketinggalan dalam menduduki peperiksaan dan kursus wajib yang perlu saya hadiri. okay budget punya budget selepas tolak dan campur dan dr pun kata hormon akan stabil selepas 3 bulan so its just a right time...

Kita mampu merancang hanya Allah yang menentukan dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. selepas sebulan saya meninggalkan pil perancang..saya mengandung anak kedua.....agak terkejut tapi dah rezeki saya bersyukur walaupun saya akan mengambil exam nanti semasa saya dalam pantang....pada mulanya risau juga...tapi saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk saya dan baby...umur saya ketika itu 27 tahun. Semoga Allah berikan saya kekuatan dan kematangan untuk menerima ahli baru dalam keluarga kami.

Comments

Popular Posts